Khamis, September 19, 2019

Melayu Semakin Terancam Atau Mengancam

Perjalanan politik kini telah bertukar arah. Dulu kita kata melayu cuma tinggal politik sahaja. Kini politik pun telah terlepas. Telah dikuasai orang lain walaupun kepimpinannya nampak melayu.

Kuasa politik melayu telah dibeli. Akibatnya hilang semangat patriotik untuk memartabatkan bangsa melayu dan Islam diMalaysia. Kalau tidak masakan UMNO parti menguasai kerajaan melingkup pada PRU14. Bila ditanya pemimpin mereka akan berkata pengundi melayu tertipu dengan dakyah pembangkang. Bila ditanya pengundi melayu mereka kata pemimpin melayu tidak amanah untuk memimpin.

Bukan mudah untuk menggadaikan kuasa politik melayu. Sekiranya itulah cara untuk mengajar dan memilih pemimpin sejati maka itu perlu dilakukan. Terlalu besar yang dipertaruhkan demi untuk mengembalikan kuasa politik melayu. Biarlah asalkan kelak kita akan memiliki pemimpin yang benar benar berjuang membina Agama dan bangsa, bukan lagi pemimpin yang membina empayar yang menjamin parti dan dirinya sahaja. Pemimpin sejati adalah pemimpin yang sanggup membela semua orang tidak mengambil kira faktor politik.

Melihat fenomena politik sekarang ada perkara yang perlu diambil tindakan segera. Semangat sayangkan bangsa perlu ditanam dalam diri kita dan anak anak.

Pemimpin melayu perlu belajar daripada pemimpin bangsa lain. Rasanya tidak perlu disebut apa perkaranya sebab mereka bijak bijak dan lebih arif hal tersebut. Janganlah hayal dengan jawatan sehingga lupa matlamat perjuangan. Jangan terlalu melihat kemewahan sehinggakan ianya menjadi matlamat perjuangan pula.

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud) kredit

Sayanglah bangsa kita, kelak bangsa kita akan kuat. Sayanglah ekonomi bangsa, kelak ekonomi kita akan kukuh. Sayanglah agama kita, kelak kita akan sayang bangsa dan saudara seagama kita. 

Mari kita sokong BMF. Kita gunakan kuasa membeli utk memilih produk muslim. Walau bagaimanapun peniaga dan pengeluar melayu jangan pula ambik peluang untuk memahalkan produk mereka. Harga mestilah kompetetif. 

Perbanyakkan kembali gelanggang seni bela mempertahankan diri kita. Ini akan meningkatkan kekuatan fizikal bangsa kita. Jiwa akan menjadi kental dan sanggup menempuh segala petaka mendatang. Khazanah yang amat besar nilainya yang perlu dikembang biakkan semula. Jadikan aktivit yang amat diminati oleh gelongan muda sebagaimana minatnya mereka terhdap sukan bola.

Pertahankan, Malaysia milik kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan