Bulan September dan Oktober 2013 adalah jumlah kematian paling ramai orang orang yang ku kenali. Aku pernah mempunyai hubungan secara langsung sebelum ini dengan mereka. Hubungan persaudaran, hubungan sebagai kawan dan juga hubungan sebagai Boss.
Allahyarham Abdul Rahman Bin Zainal (Abang Bai) telah meninggal dunia pada 24/9/2013.
Allahyarham Ismail Bin Syukur telah meninggal dunia pada bulan oktober. Dikebumikan di Puchong.
Allahyarham Pak Oyet. Ini adalah panggilan kami untuk arwah. Aku tidak tahu nama sebenarnya. Arwah adalah adik kepada Arwah Ismail Bin Syukur. Arwah meninggal sehari selepas abangnya.
Kami sekampung, iaitu di Kampung Sungai Bil Slim River. Orang Sungai Bil mempunyai pertalian kekeluargaan antara satu sama lain.
Allahyarhamah Norizan Bt Yaakub 28/9/2013 pukul 6:30am. Jenazah dikebumikan diBeranang. Aku pernah bekerja setempat dengan arwah di Fakulti Kejuruteraan UPM.
Allahyarham Datuk Prof Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi berjawatan Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraa, UPM ketika aku bertugas di fakulti tersebut. Arwah meninggal pada13/10/2013. Beliau merupakan wakil Fakulti ke majlis perpisahan untuk aku. yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik dan Elektronik. Arwah pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi.
Semoga roh mereka semua ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan