Selasa, September 24, 2013

Masjid At-Taufiqiah, Batu 23, Jalan Kuala Selangor

 
Masjid ini terletak di simpang ke Puncak Alam jika kita melalui jalan Kuala Selangor ke Sungai Buloh. Sejak kebelakangan ini aku kerap ke Puncak Alam untuk menziarahi anak yang sedang belajar. Aku percaya jemaah yang singgah di masjid ini pun adalah kebanyakannya musafir seperti aku. Kebiasaannya jika jemaah tempatan akan mengenakan kain pelikat untuk solat tetapi kebanyakan jemaah yang kulihat berpakaian seluar dan pula banyak kereta di perkarangan masjid.
Masjid ini walaupun kecil tetapi cukup selesa untuk mengerjakan tanggung jawab terhadap Allah. Aku memang suka masjid yang rendah seperti ini. Tidak perlu naik tangga yang setengahnya terlalu tinggi untuk dinaiki.

Kebersihan masjid agak terpelihara. Walaupun ketika aku singgah ini selangor menghadapi masalah air ekoran sungai yang tercemar akibat tumpahan minyak. Kebersihan masjid terutamanya tandas tidak terletak di bahu tok siak sahaja. Paling penting pengguna mesti bekerjasama memelihara kebersihan selaras dengan tuntutan Islam agar sentiasa bersih samada.
Pendidikan dan peringatan boleh dilakukan bila bila masa atau di mana mana. Lihat usaha pihak masjid yang perlu dipuji dengan menampal doa doa di lokasi yang sesuai. perkara ini secara tidak langsung akan kekal dalam ingatan para jemaah. Mustahillah jika kita hari hari ke masjid membaca doa yang di tampal tidak boleh ingat. mungkin banyak lagi yang perlu di tambah.
Tempat edaran risalah seperti di bawah ini perlu dipuji. Ini dapat mengelak daripada bersepah jika diletakkan di lantai masjid. Sepatutnya masjid lain boleh tiru idea ini.
Tidak dinafikan keberjayaan sesuatu institusi itu bergantung kepada cara mana ia ditadbir. Pemilihan orang yang akan diamanahkan tugas tersebut perlu mengambil kira minat, ikhlas dan kesungguhan untuk berkhidmat. Jangan suka memegang jawatan sahaja sedangkan amanah yang dipikul terabai sahaja. Ingatlah para pendokong amanah yang memang berat bahawa harapa jemaah ramai sungguh tinggi agar rumah Allah selayaknya seperti namanya untuk hamba menyembah Tuhan yang maha berkuasa di dunia dan akhirat. Apapun tahniah ajk masjid meneruskan amanah yang baik dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Komen