Rabu, Jun 26, 2013

Masjid Daerah Batu Gajah, Perak

Sekarang penduduk Batu Gajah boleh berbangga setelah masjid baharu telah siap. Masjid baharu ini didirikan di tapak masjid lama setelah masjid lama. Masjid ini mempunyai saiz yang amat besar jika dibandingkan dengan lain lain masjid daerah. Melihat struktur binaanya pun sudah cukup untuk menguja perasaan kita untuk masuk kedalamnya.
Masjid Batu Gajah sering dikunjungi Sultan Perak Sultan Azlan Shah sebab berhampiran dengannya terdapat makam bonda tuanku. Sultan Azlan Shah pernah bersekolah di Batu Gajah. Untuk cerita Batu Gajah lebih lanjut sila ke sini
Masjid dua tingkat ini mempunyai kemasan yang bermutu tinggi. Daripada bahan lantai hingga ke hiasan atasannya sungguh menarik pandangan. Tidak keterlaluan jika saya katakan ia merupakan sebuah masjid yang tercantik di Negeri Perak.
 
Hiasan dinding yang berwarna warni pada cermin menambah seri masjid ini. Di atas merupakan tangga yang di gunakan untuk naik ke ruang solat.
Pintu dan dinding ruang solat tingkat bawah
Mungkin anda bertanya apa benda yang berselimut dalam gambar di atas. Sesuatu yang menarik masjid ini ialah ia dilengkapi dengan tangga bergerak atau eskelator. Tangga bergerak ini kebiasaannya terdapat pada masjid masjid ulung sahaja. betapa bertuahnya kariah masjid Batu Gajah.
Ketika aku berkunjung ke masjid ini ianya baru beberapa bulan sahaja digunakan. Aku difahamkan eskelator itu hanya beroperasi pada hari jumaat sahaja buat ketika ini. Mungkin setelah dirasmikan ianya akan digunakan sepenuhnya. Itu hanya sekadar telahan sahaja.
Aku pernah duduk diBatu Gajah sekitar 2 tahun. Masjid ini memang aktif dalam sebarang program samada kerja sosial atau majlis ilmunya. Aku masih ingat antara imam masjid ini ialah Imam Kamarudin, Imam Tarmizi dan seorang lagi aku lupa. Dikhabarkan imam tersebut telah meninggal dunia. Beliau selalu memimpin majlis bacaan Yaasin pada malam jumaat. Allahyarham tuan imam tersebut tidak sempat untuk merasa memimpin solat berjemaah maupun berjemaah di masjid baru ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman.


Kubah bahagian dalam masjid

Lekuk garisan tempat jemaah berdiri solat

Ruang solat wanita di sebelah kiri dewan solat.

Ruang belakang dewan solat


Arah masuk ke ruang dewan solat
tingkat bawah
Ruang solat tingkat bawah

Laluan keluar bahagian belakang masjid 
Kawasan letak kereta, masih kelihatan bekas binaan.
Laluan masuk ke kawasan masjid
Parkir sebelah kiri masjid dan sek agama rakyat
3 buah kereta jenazah
Dinding kiri masjid
Mimbar masjid lama masih disimpan.
Dewan Raja Baharom
Ruang legar dewan
Dinding pagar masjid 
Semoga islam berkembang dengan gagahnya di Batu Gajah sebagaimana gahnya masjid yang terbina dengan sokongan kuat Baginda Sulta Perak.


2 ulasan:

  1. Salam Tuan.
    Saya pernah berkunjung keBatu Gajah pada Sept 2010.Ketika itu masjid ini sedang dalam pembenaan tetapi kubah berwarna emas itu sudah hampir siap...Saya ada mengambil gambar masjid itu sebagai kenang kenangan...Semoga suatu hari dapatlah saya solat didalamnya... In Sya Allah...
    Walau apapun biarlah masjid ini terkenal bukan sahaja kerana keindahannya tapi pengisian dan pengimarahannya.

    BalasPadam
  2. Salam TN,

    Masjid ini memang mengambil masa yg panjang utk disiapkan. Semua juga mengharapkan masjid ini menjadi lambang kepada tertegaknya syiar Islam di sini.

    BalasPadam