Banyak masjid mengambil nama para ulamak atau cendikiawan islam sebagai nama sesebuah masjid. Aku percaya Al-Kurauwi adalah terbit dari nama tempat ini iaitu Batu Kurau.
Batu Kurau adalah sebuah kawasan yang terletak dalam Daerah Kerian. Bandar yang hampir dengannya adalah Bagan Serai, Parit Buntar ataupun Taiping. Masjid ini terletak di tengah pekan Batu Kurau. Oleh kerana ia terletak di pekan maka kawasannya agak terhad setelah masjid ini mengalami proses pembesaran selari dengan perkembangan masa.
Masjid yang bersih dan nampak baru lagi memberikan keselesaan kepada para jemaah. Semestinya kebersihan menjadi agenda penting dalam pengurusan masjid kerana ianya merupakan tuntutan dalam islam.
Zaman sekarang peranan masjid semestinya diluaskan lagi. Dalam meningkatkan dakwah, ada peranan masjid. Dalam meningkatkan ekonomi, ada peranan masjid. Dalam kehidupan bermasyarakat, ada peranan masjid. Hinggakan soal nikah kahwin dan mati pun peranan masjid diutamakan.
Sesungguhnya marilah kita cintakan masjid kerana di sana ada banyak keberkatannya dalam kehidupan hablumminallah dan hablumminannas.
Assalamualaikum YB... meriah tak bendera di sana. Johor dah meriah dgn macam-macam warna. Tahankan mata ajelah utk sebulan ini hihi....
BalasPadamKalaulah masjid tempat kita meriahnya macam masjid-masjid di Mekah alangkah bahagianya. Masjid sentiasa berasak-asak utk bersolat tak kira di tanah halal apalagi di tanah haram. Cantik masjid yg YB paparkan moga samalah cantiknya kariah yg dtg utk mengimarahkannya..
Waalaikumsalam kakzakie,
Padamdi sini meriah jugak. Macam biasa yg biru masih mendominasi. Tetapi perlu diingat yg nak memangkah bukannya bendera..hehehe
Masjid yg sentiasa meriah adalah masjid yg banyak majlis ilmu di dalamnya.
Salam, mohon saya buat pembetulan sikit..Batu Kurau dalam daerah Larut Matang Dan Selama dan agak jauh dari Bagan Serai dan Parit Buntar tetapi dekat dengan bandar Taiping. Jangan keliru dengan Kuala Kurau. Majoriti Melayu Patani yang satu ketika dulu sangat pekat dengan warna BIRU. Akhir2 ini adalah biru tu jadi kelabu sikit dan seakan2 hijau dah mula mewarnai Bt Kurau. Masa PRU 12 Najimudin menang besar di sini. Doakanlah kejayaan PR kali ini.
BalasPadam..Anak bekas org kuat UMNO Kg Anak Kurau (Kg Dlm Bt Kurau)
Salam TN
PadamTerima kasih atas pembetulan. Dulu saya ada pergi rumah saudara dekat sk kg yaman tuh.
Satu perkembangan baik jika ada petanda bulan akan mengambang di sana. Dengar ustaz tuh dah tak jadi calon pru13.
** Bekas penyanyi lagu Bersatu Kita Bersatu
bila masjid ini ditubuhkan ya?
BalasPadam