Sabtu, September 29, 2012

Masjid Al-Khairiah, Air Terjun, Trong Perak

Masjid ini terletak di tepi jalan sahaja. Berhampirannya terdapat sebuah jambatan besi. Jambatan ini agak bising apabila dilalui oleh kenderaan berat. Bagi yang tidak biasa singgah di sini ianya agak mengganggu juga sedikit. Walau bagaimanapun kelihatan kini disebelah jambatan tersebut sedang berjalan kerja kerja memperbaiki jalan. Dipercayai jambatan ini juga akan diganti dengan jambatan lain. Diharap jambatan baru nanti tidak lagi berbunyi bising yang mengganggu jemaah di masjid.

Walaupun masjid ini kecil tetapi kawasan sekelilingnya agak luas. Tiada masalah untuk projek pembesarannya di masa hadapan. Gambar di bawah adalah tempat wuduk dan tandas lelaki.
Baharu baharu ini aku berkesempatan mendengar kuliah seorang ustaz. Beliau menyatakan wang tabung keselurahan masjid dalam negeri Perak adalah sebanyak RM18 juta. Satu jumlah yang agak besar jika dinisbahkan kepada kos pengurusan masjid. Dengan jumlah sebanyak itu sepatutnya tidak ada lagi masalah tandas tidak bercuci, tandas tidak berpintu, majlis ilmu tidak ada, sistem pembesar suara tidak sempurna. Jauh lebih penting adalah wang sedekah dan wakaf orang tidak dilaksanakan tujuannya. Ini bermakna orang yang dipertanggung jawabkan seolah olah menyekat amal kebajikan orang lain. Berbalik kepada tujuan orang bersedekah ialah supaya wang sedekah itu dibelanjakan untuk kebaikan agar boleh mendatangkan pahala kepada yang bersedekah.
Pengurusan wang yang baik adalah pengurusan yang dapat mengimbang perbelanjaan dan aliran wang masuk. Sekiranya wang masuk sehingga wang tabung terkumpul dengan banyak dan perbelanjaan pula tidak secara optimum maka tidak banyak manfaat yang boleh diperolehi.

Apapun tulisan ini bukan untuk mengulas perbelanjaan yang terpamer dalam gambar di atas.

4 ulasan:

  1. Surau taman perumahan kakak masa mula saja ada peruntukan pihak kerajaan tau YB. Itupun hanya 60% selainnya kami ahli qariah buat kutipan derma. Segla kelengkapan yg ada adalah atas inisiatif qariah sendiri. Dari kipas, aircond, cat, pinggan-mangkuk semua kami beli sendiri.

    Penting kita didik generasi bawah kita juga boleh buat macam kita. Suka melihat kawasan surau yg YB tunjuk ini. Kalau nak buat qurban atau majlis senang nak buat khemah luas kan..

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Memang biasalah kalau masjid atau surau tak cukup duit sebab peruntukan kerajaan cuma utk keperluan asas sahaja.

    Yang luar biasanya bila masjid atau surau tak mahu membelanjakan duit yang disedekahkan orang.

    BalasPadam
  3. abg YB kasi saya idea untuk bjalan n tulis pasal mesjid. stok gambar mesjid saya banyaaaakkk.. hihi ;)

    BalasPadam
  4. Salam saudara khairul,

    asalnya buat blog ini sekadar nak merekodkan mana mana masjid yang pernah saya singgah. Menghargai pengorbanan ajk dan kariah masjid dlm membangunkan rumah Allah.
    Kadangkala kita ada idea dan pandangan tetapi lenyap begitu sahaja tanpa diutarakan utk dinilai akan kewarasannya oleh org lain dalam usaha mengimarahkan masjid.
    Tidak sekali akan menjatuhkan imej sesebuah masjid walaupun banyak antaranya yang tidak berperanan menjadi sebuah masjid. Yang penting saya ikut nasihat org lain juga iaitu menulis dengan ikhlas.

    BalasPadam