Jumaat, Julai 13, 2012

Jadual Berbuka Puasa Merbahaya


Cuba anda lihat jadual berbuka puasa yang dicetak oleh Syarikat Darul Mubarak di atas. Tahun ini jadual yang diedarkan sungguh cantik berbanding tahun tahun sebelumnya. Sebagai tanda bangga memiliki jadual tersebut kini ianya telah terlekat kemas menghiasi dinding peti ais.

Bukan sedikit wang yang dikeluarkan untuk mencetak jadual secantik itu. Aku percaya jumlah yang dicetak mesti banyak. Orang yang baik biasanya nampak ruang ruang yang ada untuk membuat pahala. Jika diPerak syarikat Darul Mubarak memang dikenali antara syarikat yang aktif menjalankan perniagaan membawa jemaah mengerjakan umrah dan haji. Pemphlet nya boleh didapati hampir di semua masjid negeri Perak.

Jika dikatakan jadual tu baik mengapa pulak ia merbahaya. Aku pun tak tahu nak jawab. Cuma yang aku dapat tunjukkan ialah pada image di bawah:
Nak kata jadual tu tak betul, tidak mungkin. Nak kata syarikat tidak berdaftar, aku telah mengerjakan umrah beberapa kali dengan syarikat ini. Perkhidmatannya baik. Kalau begitu mengapa dilarang pamer. Nak kata apa? Yang tahu hanya Allah dan orang songkok tinggi tu sahaja.

Apapun aku dapat mengagak punca sebenar. Ianya pasti kerana gambar pengarah urusan syarikat tersebut. Bukan sebab tidak handsome tetapi ada sesuatu yang anda akan tahu jika anda google namanya.

6 ulasan:

  1. Salam YB... lama kakak tak singgah sini.

    Kakak rasa mesti sebab politiklah tu. Tak payah nak kata apa dah terang jelas tak payah nak suluh-suluh lagi. Dunia ini (eh perak) dia punya. Harap ada perubahan. Pilih yg terbaik - war-warkan itu tanggung-jawab sama tau YB. Abang sekarang kalau malam jumaat/sabtu/ahad merata pergi ceramah mana tahu Johor akan berubah warna. Doakan YB... Allahhuakbar!!...

    BalasPadam
    Balasan
    1. w,salam kakzakie

      Kita mahu melayu kini mempunyai pemikiran kelas pertama. Bertindak mengikut kewarasan fikiran yang disandarkan kepada peraturan Allah. Tidak mengikut fikiran yg dangkal yg disandarkan kepada hawa nafsu.

      Semoga bulan purnama akan bersinar di Johor menerangi tempat tempat yang 'gelap' selama ini.

      Padam
  2. Salam Tuan YB,
    Jadual tu tak salah,syarikat yg mengeluar dan mengedarkan juga tak salah,cuma gambar org yg berkopiah putih tu yg tak berapa nak kena dimata org yg bersongkok tinggi itu! Org itu dan para pengikutnya sngt merbahaya,boleh menggugat keselamatan negeri dan negara...katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Sdr TN

      Mari kita fikir, tak kan pasal jadual berbuka puasa, pengikut parti dia nak masuk pas...lemah sgt pendirian mereka kalau macam tu...

      Padam
    2. Salam Tuan YB,
      Mereka sedar kerajaan negeri yg ada skrg bukan dipilih oleh rakyat tapi dirampas dgn cara khianat...
      MB merekapun bukan pilihan rakyat Perak tapi org luar yg berselindung disebalik nama mahkamah yg mulia...

      Padam
    3. Salam TN 10:23

      Masing masing nak tunjuk ke petriotikan kpd bos lah tuh...

      Padam