Isnin, Jun 25, 2012

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu




Ramai kawan kawan mula membangkitkan isu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) apabila bayarannya mula berjangkit ke bulan bulan berikutnya. Mulanya aku pun tak kisah jugak sebab apalah sangat dengan seringgit. Mungkin sikap petriotik telah tertanam dengan slogan; Jangan tanya apa anda dapat tetapi tanya apa anda sumbang kepada negara.

Kalau setu rumah satu ringgit, berapa banyak rumah ada di Malaysia ini. Ini bukan persoalan kecil. Mungkin ada sesuatu yang perlu diketahui. Akupun mula mencari maklumat dengan bantuan pak google. Hasilnya ini bukan kesilapan cetak tetapi yang benar. Aku jumpa dokumen seperti gambar di atas dan di bawah ini. Aku cuba baca tetapi tak faham.
http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2010/DR472010.pdf

Pencarian diteruskan dan aku mulai jumpa maklumat yang boleh merungkai persoalan yang dihadapi rakyat marhaen seperti aku. Bagi golongan elit perkara ini boleh dipersetankan. Nak kutip 10% sekalipun peduli apa, ada yang tolong bayarkan.
http://dappuchong.blogsome.com/category/parliament/

Aku mencari jawapan dari pihak kerajaan pula sebab perkara di atas datangnya dari mulut pembangkang. Jawapan yang aku dapat seperti dibawah. Sudah terang lagi bersuluh. Itulah sebabnya kita perlu berteman dengan rangbulan, kita akan disinari sentiasa, tidak kira di kala purnama ataupun tidak.

Anda boleh terus pergi ke perenggan 7 berkenaan dengan tajuk kita ingin lihat. Yang sebelumnya sekadar halwa telinga.
http://www.kettha.gov.my/en/content/teks-ucapan-yb-dato%E2%80%99-sri-peter-chin-fah-kui-menteri-tenaga-teknologi-hijau-dan-air-sempena-m
 Apa yang dimaksudkan dengan pemaju bebas ialah IPP seperti gambar di bawah. IPP akan menjana elektrik dan tenaga tersebut mesti dibeli oleh TNB seperti berlaku sekarang. Selebihnya anda boleh mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi atau teman yang bertugas dengan TNB untuk maklumat lanjut. Ini isu lama yang ada kaitan dengan diri dan negara kita.

Semasa pencarian aku berjumpa gambar ini. Ianya dapat membantu serba sedikit isu yang diperkatakan. Aku faham tetapi tidak daya untuk berkata. Sekadar teringat bidalan yang sering diucapkan; kena kencing. Rupanya bukan shanya kena kencing, kini kita telah kena berakkan. Dan berapa ramai orang di bawah yang tiada dalam gambar tersebut? Yang pastinya mesti ramai. 

Mengakhiri coretan ini mulut aku berkumat kamit, wahai burung biru, mengapa kau jahat sangat. Kau jaga 2 ekor tetapi kau inaya sedara yang lain. Tidak kah kau lihat lain lain burung berterbangan riang di ruang alam yang hijau. Mereka memperkembangkan teknologi hijau tetapi teman teman kau masih berak merata rata.

6 ulasan:

  1. Tgk ke depan. The element is there. Towards renewable energy (RE). Pergantungan kpd fossil fuel akan luput akhirnya. Aspek pelaksanaan sb bukan ahlinya sy x tau. Tapi mekanisma digunapakai spt KWTBB adalah kearah RE. Sedikit sbyk yg sy blajar.
    Cuma yg pki byk elektrik (certain kWh ke atas) br kne. Yg pki kipas biasenye x tertakluk la. Btw 1 hp aircond equals to 9 kipas klu x silap.

    BalasPadam
  2. Salam sdr azhar,

    memang sumber tenaga asli boleh habis seperti minyak, arang batu dll. Maka sumber semula jadi yg perlu di manfaatkan seperti matahari, angin, ombak, panas dll.

    Kita semua sedar situasi ini tetapi kita tidak senang dengan pengurusan tenaga diantara TNB dan IPP. Kesannya rakyat menanggung kadar elektrik yg tinggi.

    Saya pernah terbaca bahawa TNB mempunyai bekalan elektrik yg cukup utk dibekalkan walaupun tanpa sokongan IPP. Oleh itu apa perlunya ada IPP?

    BalasPadam
  3. begini lah saudara muslim ku semua,anda tidak boleh mendengar dari satu pihak sahaja,kadang-kadang sesiapa pun boleh memasukan maklumat dalam internet,tetapi kalau fail sulit kerajaan,ia tidak boleh dibongkar kan oleh sesiapa pun,kerana perkara ini telah termaktub dalam akta rasmi kerajaan,untuk membantu saudara ku,anda boleh merujuk perkara ini dekat cawangan tenaga berhad yang berdekatan,anda tidak perlu tanya pada kerani,anda terus direct pada ketua cawangan,kerana hanya dia sahaja yang tahu dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam SA,

      Teknologi adalah untuk memudahkan. Zaman sekarang org buat pelbagai bayaran pun melalui internet. Apa perlu pergi ke pejabat sekadar bertanya perkara yg dibincangkan di atas. Cukup kita melawati website yg sah kementerian tsb. Kita perlu sedar perkara kump wang tenaga boleh baharu bukanlah dibawah tnb tetapi KETTHA.

      Padam
    2. Saya sokong 100% hujah YB.
      PADAT DAN MANTOP. . Zaman dah cinggih. Fikiran pn kna la canggih. (Nak ke pegawai nak layan soalan "remeh" kita? . Buang masa dan tenaga) Umpama kata, klo dah ada jentera bajak, buat apa lagi guna kerbau . Kesian kerbau tu. Sekian . Rakyat dulu teraniaya, duit jugak ntah kemana. Renung2kan . Selamat termenung

      Padam
    3. Salam TN

      Teknologi bergerak seiring dengan masa. Kajian perlu dilakukan bagi mengatasi kemusnahan yang tercipta lantaran membangunkan teknologi.

      Padam