Khamis, Mei 06, 2010

Najis Dadah dan Najis Arak












Kita tahu akan bahayanya dadah terhadap masyarakat dan negara. Undang undang yang diperuntukkan terhadap pesalah dadah amat berat. Bagi menterjemahkan akan bencinya masyarakat kita terhadap dadah maka dikatakan dadah itu sebagai najis dadah. Islam jelas telah mengharamkan dadah dan sebarang benda yang boleh merosakkan kesihatan tuboh badan. Ini bertujuan memelihara kesejahteraan hidup masyarakat kita. Oleh itu kesinambungan hidup sihat manusia di muka bumi akan terpelihara.

Selain daripada dadah, arak juga membawa kesan yang serupa terhadap penagihnya. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak. Manakala hukum pengharaman dadah pula diqiaskan kepada arak. Namun di negara kita penerimaan terhadap arak lebih terbuka berbanding dadah.

Penagih dadah akan ditempatkan di pusat pemulihan dadah yang merata di negara ini. Namun kita tidak nampak pusat pemulihan untuk penagih arak. Pengedar dadah boleh dihukum gantung jika sabit kesalahan. Namun bukan setakat pengedar arak malah pengilang arak pun tidak ada apa apa hukuman yang boleh disabitkan keatasnya. Kita tanya pula apa hukumnya jika ketika solat terdapat kesan arak atau dadah bersama kita. Yang pastinya jika ada arak sudah pasti solat tersebut tidak sah.

http://3.bp.blogspot.com/_2M-4XwlOfbc/Sy9-2EiJfpI/AAAAAAAABHA/NKu-HeVvEeo/s400/negara+islam+yang+tak+mampu+menjalankan+hukum+allah+sebat+minum+arak+di+khalayak.jpg

Baru baru ini kita digemparkan dengan cerita seorang wanita islam didapati bersalah kerana meminum arak. Satu perkembangan yang baik di dalam memartabatkan hukum islam ingin dilaksanakan. Kebiasaannya pesalah akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya. Tetapi dalam isu ini kita dapati banyak pihak yang tidak prihatin akan hukum islam merayu rayu kepada pesalah tersebut agar mengemukakan rayuan. Oleh kerana beliau tahu yang beliau bersalah dan ingin taubat serta memulakan kehidupan mengikut islam, beliau tidak membuat sebarang rayuan. Yang pelik bin ajaibnya berbagai pihak lain pula mendesak beliau agar membuat rayuan seolah olah mereka pun sama kena sebat. Akhirnya kita pun semua sudah tahu apakah hukuman sebenar yang dikenakan kepadanya.

Walaupun dadah itu bahaya kepada kehidupan, namun pembenterasan terhadap arak juga perlu seiring. Syariat islam diturunkan adalah bagi memelihara perkara perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan , agama, kehormatan bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup ummah di muka bumi ini.

1 ulasan:

  1. Kita dikelirukan dengan kenyataan; atau kenyataan sebenar sengaja dikelirukan; maka tak siapa pun merasakan arak itu salah satu dari dosa besar.

    Bukan arak sahaja, zina pun sama sampaikan kalangan kita lebih tegar mengedarkan kondom takut AIDS berbanding zina itu.

    Yang kita sedih jika anak muda atau orang bujang berzina jelas hukumnya sebat; masih boleh hidup di dunia ini; bagaimana suami atau isteri orang berzina; ini aku sering katakan berapa ramainya bangkai bernyawa di dunia kini. Nampaknya perundangan kita amat tersasar dari Islam sebenar!.

    Masalah riba juga nampaknya semakin hari semakin ianya sukar kita tolak; kalau pinjaman rumah ramai telah memilih Bank Islam; bagaimana pula pinjaman kenderaan?.

    Maka baik arak, zina, riba, begitu juga judi mana mungkin akan dapat dihapuskan selagi kita tidak tunduk dengan hukum Allah SWT.

    BalasPadam