Isnin, Mei 31, 2010

Tiada Penipu Yang Bijak


Bila bicara soal penipu besar aku aku teringat kisah Nabi Yusoff yang dianiaya oleh adik beradiknya. Segalanya berpunca daripada sikap irihati akan kasih sayang bapa mereka Nabi Yaakob terhadap Nabi Yusoff. Tujuan nak bunuh nabi Yusoff, tetapi salah seorang daripada mereka bernama Yahuda menegah. Cukuplah setakat dicampakkan ke perigi buta.

Ringkas ceritanya pulanglah mereka dengan kesedihan yang dibuat buat menyatakan kepada bapa mereka bahawa Nabi Yusof telah mati dimakan serigala.Sebelum pulang mereka telah menangkap seekor serigala dan menunjukkan itulah serigala yang membaham Nabi Yusof. Sementara itu mereka juga menyembelih seekor kambing. Darah kambing tersebut dilumurkan ke pakaian Nabi Yusuff kononnya kesan gigitan serigala tersebut.

Sesungguhnya Nabi Yaakob tidak percaya kerana baginda telah diwahyukan bahawa suatu hari nanti Nabi Yusoff akan menjadi nabi. Jadi bagaimana mungkin Nabi Yusof telah mati lebih awal seperti dakwaan mereka. Namun demikian mereka bersungguh sungguh membuktikannya kepada Nabi Yaakob. Serigala yang bembaham itu dibawa bersama. Pakaian Nabi Yusoff yang berlumuran darah juga ditunjukkan. Namun mereka hanya merancang hanya Allah yang menentukan. Mereka lupa mengoyakkan pakaian Nabi Yusoff yang dijadikan bahan bukti buat Nabi Yaakob. Maka di situ sudah ada timbul musykil terhadap pembohongan mereka.

Bagi kita umat yang hidup di zaman ini seharusnya sejarah zaman terdahulu perlu dijadikan iktibar agar kita boleh menghindarkan konpirasi jahat yang serupa. Rupa rupanya masih terdapat golongan penipu besar yang masih menyangkakan mereka bijak dan merancang satu pakatan jahat untuk menghancurkan seseorang dengan melakukan penginayaan. Tetapi sekali lagi golongan jahat zaman moden ini lupa untuk mengoyakkan bahan bukti.

Bagaimana nak kata Yusoff di baham serigala sedangkan pakaiannya tidak koyak. Mana mungkin serigala akan membukakan pakaian Nabi Yusoff terlebih dahulu. Fenomena sekarang pula, bagaimana nak kata berlaku jenayah liwat apabila lupa nak koyakkan lubang shit terlebih dahulu.

2 ulasan:

  1. Sahabatku YB bagi yang mahu berfikir memang payah menerima seadanya dari laporan media massa yang memang amat terbatas akan ketelusannya.

    Samalah kenapa mesti boleh terlepas yang tertuduh sedang ujian DNA mengatakan ada air mani dalam tubuh mangsa bunuh. Kalau pun bukan dia yang membunuh apa namanya negara Islam bilamana dalam mahkamah sivil DNA boleh diambil sebagai bahan bukti.

    Perundangan Islam pula mahukan saksi; rasanya telah tiba masanya para ulamak penggubal perundangan atau fatwa Islam & sivil ini selari. Agar dunia luar atau penganut agama lain tidak mentertawakan kita.

    Kalau kita tidak menerima hukuman hudud sebaiknya biarlah hukuman jenayah atau perbuatan maksiat di mahkamah sivil ini setimpal dilaksanakan.

    BalasPadam
  2. Salam Singgah YB..ha...ha...ketawa saya bila baca tulisan YB....kelakarlah...memang kes ini dari dulu menjadi bahan jenaka....sistem perundangan kita dah jadi caca merba...tak takut ke mereka ni nanti dgn pembalasan Allah? ataupun gila kuasa hingga buta terhadap cahaya kebenaran...

    BalasPadam