Aku berangkat dengan pesawat Biman. Orang kata kalau tak delay tak panggil Biman. Begitulah gambaran Bangladesh Airline lantaran penerbangannya kerap tidak mengikut jadual. Penerbangan KLIA ke Dacca dijangkakan 13 jun pada 0030 berlepas lebih kurang pada 0400. Lewat 4 jam. Biman juga merupakan salah satu penerbangan yang masih menggunakan Boeing DC-10. Aku tak mahir tentang pesawat tetapi aku tahu ini pesawat jenis lama. Bukan aku takut mati. Tapi aku takut tak sempat mati di tanah suci. Jika ke tanah suci kita sepatutnya berazam untuk mati di sana. Jangan kita takutkan mati tetapi yang perlu takut ialah hidup selepas mati itu. Selamat atau celaka, syurga atau neraka. Dalam hati berkata, yang penting aku mesti sampai ke sana.
Doa terdahulu semasa melakukan tawaf wadak diperkenankan Allah: Ya Allah, jangan Kau jadikan kunjungan aku ini kunjungan yang terakhir. Kau jemputlah aku kembali ke sini. Alhamdulillah pesawat Biman selamat mendarat di Jeddah. Ya Allah, hamba datang memenuhi undangan-Mu
Kami bersama rombongan Darul Mubarak berpusat di Seri Iskandar Perak seramai 61 orang memasuki Madinah teerlebih dahulu. Selepas 3 hari kami bertolak ke Mekah siap berihram.
Labbaikallohumma labbaik..
Labbaikalaa syarikalaka labbaik..
Innal hamda wanni’mata laka wal mulk laa syarikalak..
Labbaikalaa syarikalaka labbaik..
Innal hamda wanni’mata laka wal mulk laa syarikalak..
Kusambut panggilan-Mu, Ya Allah,
Kusambut panggilan-Mu.
Kusambut panggilan-Mu,
Tiada sekutu bagi-Mu,
Kusambut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji,
Kurnia dan kekuasaan hanyalah milik-Mu,
Tiada sekutu bagi-Mu.
Mekah yang ku tinggalkan 3 tahun lepas kini jauh berbeza. Kebanyakan bangunan sekelinling Masjidil Haram diruntuhkan. Mekah baru akan dibina. Masjidil Haram diperbesarkan. Hotel hotel sekeliling akan dibina baru. Pembinaan terancang demi keselesaan para jemaah akan datang. Oleh itu habuk dan debu debu kesan runtuhan dan pembinaan bagunan memutih persekitaran masjid.
Setelah beberapa hari di Mekah aku ambil kesempatan untuk menjejaki blogger CL yang bertugas di Al Safwah Royale Orchid Hotel. Aku tidak menggunakan handphone di sana. Jadi aku terjah saja ke hotel tersebut. Hari pertama gagal menjumpai beliau tetapi maklumatnya diperolehi melalui kaunter pertanyaan.Sekadar bertemu si memey yang pernah dimuatkannya dalam entry terdahulu.
Cuba anda bandingkan pula dengan yang ini. Kan sama. Dengan makhluk lain pun boleh berjumpa jika telah dijanjikan. Ini petanda insyaallah aku akan berjumpa CL.
Hari ke dua aku terjah lagi. Kali ini aku tuju ke restoran D,Saji. Alhamdulillah kelibat beliau ku lihat dari jauh bersama 2 orang pak arab sedang minum.
Assalamualaikum CL yer?
Ya, saya. Siapa ni?
Saya YB.
Ooooo ini ke YB, baru jumpa.
Awal awal aku minta maaf sebab masa gathering dahulu tak dapat datang. Siapa yang dah kenal CL, tak perlu diceritakan lagi, beliau memang mudah untuk didampingi. Sedang kami berborak borak datang pula blogger Datin Sophie. Maka makin hangatlah suasana. Kami sempat bergambar bersama(Datin Sophie, CL,YB, isteri Rosnah, adik Datin)
Alhamdulillah, Allah juga memperkenankan hajat aku untuk mempertemui blogger yang sering menyampaikan meklumat terkini berkenaan tanah suci Mekah dan Madinah. Bagi para pembaca yang mencari maklumat tersebut aku syorkan agar mengikuti blog beliau PDKM di sini. Walaupun sebentar namun ukhwah silaturrahim pertemuan terikat. Aku bersama isteri bergerak meninggalkan CL dan Datin Sophie serta keluarganya.
Salaam YB,
BalasPadamSelamat kembali ke tanahair. Semoga YB, isteri & rombongan memperoleh umrah yang mabrur dan akan menjadi tetamu Allah lagi di masa akan datang, insyaAllah.
Wah seronoknya dapat bertemu tuan blog PDKM... bukan itu saja, maskot PDKM (Memey) pun YB dapat jumpa!!
Semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan. :)
VpeaceV
Salam YB
BalasPadamTentu gembira tak terkata setelah selamat menunaikan umrah kan...
Alhamdulillah
Wslm
Salam Umi
BalasPadamAlhamdulillah kembali dgn semangat ingin pergi semula.
Dgn kucing pun boleh jumpa kat mekah. Teringat petugas masjid menangkap dan memindahkan beberapa ekor kucing. Kira si memey tu selamat lagi.
Salam Kak su
BalasPadamMemang lebih sikit seronok kali ni sebab ada sesi berjumpa blogger CL kat sana. Dgn datin pun jumpa jugak. Rupanya ramai lagi komuniti PDKM kat sana.