Khamis, Jun 24, 2010

Ayam Cucuk


Kelmarin waktu lunch aku ke bengkel kereta untuk tukar 2 buah tayar diBatu Gajah. Setelah memilih jenis tayar dan tawar menawar harga, aku  mencari kedai makan. Aku tidak punyai banyak masa. Pukul 2 PM kena masuk pejabat semula.

Setelah menyusuri beberapa buah kedai, aku terpandang seorang wanita melayu separuh umur berdiri di depan kedai. Ku lihat kedalam terdapat beberapa meja makan dan kabinet kaca untuk mempamerkan beberapa jenis lauk. Lantaran perut pun dan berkeroncong  aku  masuk. Di dinding terpampang senarai menu ditulis dalam bahasa malaysia. Pelanggan tidak ramai cuma terdapat 2 orang bangsa india berborak sambil minum.

Aku capai pinggan yang telah diisi nasi oleh wanita tadi. Semua lauk pauk yang di sediakan sama seperti lauk di restoren mamak. Tiada satu pun lauk bercorakkan masakan melayu. Terlintas difikiran bahawa ini rupanya kedai mamak. Tak kisahlah aku pun minat juga masakan mamak. Tatkala aku ingin duduk, kulihat terdapat beberapa helaian akhbar tamil di atas meja. Aku cari akhbar melayu satu pun tiada. Hati mula berkata semula, ini kedai mamak ke kedai hindu. Aku periksa semua dinding kedai tersebut, tiada satu pun ayat bismillahirrohmanirrohim ditampal. Lambang 786 berserta bulan bintang yang menjadi trade mark restoran mamak juga tidak kelihatan. Sah lah aku sudah tersilap masuk restoran bukan islam.

"Kakak, tolong bungkus nasi ni, saya tak jadi makanlah, kira berapa?
" Ehh ehh mengapa pula?
Sambil memasukkan kedalam polistrin beliau berkata RM3.50.

Ketika aku menghala ke kaunter bayaran, salah seorang daripada orang india yang berborak tadi juga menghala kekaunter. Rupanya dia tokei kedai itu. Sambil menghulurkan duit ku lihat di dahinya terdapat samar samar tempelan nandek/tambi berwarna merah.

Dari luar aku memandang menghala ke restoran itu. Tiada papan tanda nama restoran. Cuma ada banner yang tidak boleh dibaca sebab sudah terlipat ditiup angin. Sebelum aku melangkah jauh ku lihat seorang lelaki bekulit gelap siap berkupiah berada didalam kedai.

Aku meneruskan pencarian kedai makan. Tangan aku menjinjing sebungkus nasi yang dibasahi kuah kari  berlauk seketul ayam goreng dan sesenduk sayur. Di hujung blok bangunan itu terdapat sebuah restoran melayu. Selesai menjamu selera aku bayar harga makan RM4.50.

"Bang, di belakang kedai ni ada kucing tak? Tanpa menjawab, mukanya cemas kerana agaknya mensyaki aku pegawai kesihatan.
""Ini ada sebungkus nasi, saya nak bagi pada kucing" Setelah menerangkan segalanya, beliau mencapai nasi di tangan aku lalu membawanya kebelakang kedai. Aku pun keluar dengan hati berkata, nyaris aku tak makan ayam cucuk. Apa kah kedai tadi milik orang islam atau satu penipuan terhadap orang islam. Aku akan cari kepastiannya.

*sumber gambar kredit :http://dehewaraspak.blogspot.com

12 ulasan:

  1. tak pasai2 je kedai no 2 tu ngelabah...hehehe

    BalasPadam
  2. musa

    kedai makan tu dekat rumah Mie. Itu nasib baik tak pegang fail.

    BalasPadam
  3. Nasib baik la YB x tmakan ayam cucuk tu... d tmpat saya dulu manusia yang namanya melayu tu slamber je melantak makan minum di kedai bukan islam...sampai tok imam tegur dalam khutbah jumaat....lpas je smyang jumaat slumber lagi makan mnum di situ balik...

    BalasPadam
  4. salam Tokan

    mana yg boleh kita elakkan sedaya upaya kena elak lah. Yg halal banyak lagi.

    BalasPadam
  5. teringat kedai kat jalan bukit bintang yang kena ambush. lesen halal dah tamat tempoh dan tak boleh re-new tapi tanda halal sebesar-besarnya terpampang di luar. Kawan Cina saya ada beritahu, "the owner aware the Malays have this mentality-big HALAL sign means halal. No question ask. Easy to do business. So, you better be careful as they don't care". Oh, inilah namanya kawan walaupun berlainan agama & bangsa. Thanks Yee Phing!

    BalasPadam
  6. Salam Sdr Othman Juliana,

    Sekarang ini yg haram tetap haram dan yang halal pula belum tentu halal. Kalau kita berusaha utk elakkan yg haram insyaallah Allah akan lindungi kita hinggakan yg bukan islam pun tolong beri maklumat penting utk kita, alhamdulillah.

    BalasPadam
  7. Salam YB

    Di tempat saya satu ketika dulu ada restauran China tulis: "Ditanggung HALAL" dalam tulisan jawi. Ramai orang Melayu makan minum kat situ. Yang menjamin atau mengakui bahawa kedai tsbt HALAL ialah tokey kedai itu sendiri. Bagi dia, asalkan tidak jual daging babi maka halal belaka. Yang orang Melayu dok percaya kenapa?

    BalasPadam
  8. Salam Tn Haji MSH

    Tempat saya di Tg Malim pun ada. Pau Yik Mun Tg Malim, memang terkenal . Boleh tengok bangsa apa yg ramai masuk. Bukan setakat makan pau shj, yg lain pun sapu sekali. Yakinnya mereka terhadap bangsa yg bukan beragama islam menjaga kehalalan makanan mereka.

    BalasPadam
  9. aku kalu masuk kedai mamak yang mencurigakan aku akan tanya ...daging lembu ada tak? kalu takda..confirm bukan mamak....

    BalasPadam
  10. salam ishak

    bagus, bagus idea tu....memang aku ingat tak ada lauk daging masa tu. Boleh praktis nanti ni...

    BalasPadam
  11. Salam YB, ishak.

    Ya,bagus-bagus. Senyum saya sorang-sorang baca komen ishak. Boleh praktikkan kalau pegi Penang. Kat sana kita confius mana satu mamak, mana satu hindu. Dulu pernah terkena masa bujang-bujang. Saya tak beri salam sbb ingat dia hindu, rupanya muslim. Then ketika lain, jumpa orang lain saya beri salam - tapi tak berjawab, rupanya hindu. Konfius betul kalau pegi Penang.

    BalasPadam
  12. Salam Tn Hj MSH

    Ini yg dikatakan pertanyaan penuh berkhemah. Serampang dua mata. Tak kan nak tanya lu islam kah hindu, ya tak ya jugak kan.

    BalasPadam