Rabu, Jun 23, 2010

Tegakkan Kebenaran

 
Kita mengetahui sejarah bahawa berapa ramai di kalangan masyarakat Quraisy mengakui kebenaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamammad s.a.w. Datuk dan bapa bapa saudara nabi juga nalurinya mengakui akan kebenaran ini. Namun atas tuntutan keduniaan dan kekuasaan maka semua itu dinafikan hingga akhir hayatnya.

Fenomena ini masuh menular dalam masyarakat kini. Malah mungkin lebih dasyat. Berapa ramai yang yakin akan kebenaran sesuatu perkara. Yakin akan dustanya sesuatu cerita. Yakin akan halalnya dan yakin akan haramnya sesuatu benda. Tatapi keadaan masih sama di mana atas tuntutan keduniaan dan kekuasaan maka semua itu dipersetankan. Sanggup mengorbankan keimanan demi desakan nafsu kehidupan.

Kita yang masih bernyawa, masih waras fikiran, masih punyai masa dan harapan, mari merenung sejenak antara  kehidupan kini yang sementara  dengan kehidupan masa hadapan yang panjang tanpa kesudahan. Apa sangatlah kemewahan dan keseronokan duniawi yang hanya sekadar 10 tahun, 20 tahun ataupun 60 tahun. Bayangkan pula keseksaan akhirat yang nisbah tempohnya satu hari akhirat sama dengan seribu tahun dunia.

Maka suburkanlah iman yang telah ada di lubuk hati kita. Hidupkanlah dengan amal amal soleh. Abaikanlah perkara perkara mungkar. Hindarilah cerita cerita fitnah. Sokonglah perjuangan di jalan Allah. Kita tidak punyai banyak masa lagi. Kita telah digambarkan akan kiamat besar dan kiamat kecil. Jangan kita nanti menyesal tatkala Isfafil membangkitkan kita:
Wahai manusia
yang sudah menjadi tulang temulang
yang sendi sendi telah putus
yang daging berhamburan
yang rambut bertaburan
bangunlah dari tempat persemadian mu, kerana Allah ingin membuat perhitungan dengan mu. Kerana Allah ingin memberi pembalasan terhadap mu. Balasan terhadap perbuatan baik mu atau balasan terhadap perbuatan jahat mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan