Kisah aku dengar daripada seorang ustaz. Kisah seorang tukang gunting rambut dengan pelanggannya. Tukang gunting rambut menyatakan kepada pelanggannya bahawa pada pendapatnya di dunia ini sebenarnya tiada tuhan. Pelanggan tersebut lantas bertanya sebab apa kata begitu, tanda kurang setuju. Tukang gunting itu berkata jika tuhan ada, maka tiadalah sebarang bencana dimuka bumi ini. Tiada manusia akan menderita sakit kronik. Tiada orang fakir miskin. Tiada orang yang terseksa akibat kedurjanaan orang lain. Tuhan akan jaga semuanya.
Pelanggan tersebut berdiam diri sahaja. Bukan kerana bersetuju dengan pendapat tersebut tetapi sekadar mahu tukang gunting itu melakukan kerjanya dengan segera dan sempurna. Di lihatnya tukang gunting itu amat bersemangat berhujah hinggakan tangannya berhenti menggunting.
Tiba tiba melintas seorang lelaki berambut panjang serta kusut masai di depan kedai gunting tersebut. Daripada keadaannya itu melambangkan ianya seorang yang tidak siuman. Maka terlintaslah difikiran pelanggan itu untuk menyapaikan pendapatnya pula.
Pelanggan itu berkata kepada tukang gunting itu bahawa di dunia ini sebenarnya tiada tukang gunting. Tukang gunting itu menafikan bahawa ramai ada tukang gunting dan ia adalah salah seorang tukang gunting. Pelanggan mula berhujah bahawa jika tukang gunting ada di dunia ini sudah tentu rambut lelaki diluar itu tidak panjang dan kusut masai, sambil menunjukkan lelaki di luar kedai itu. Tukang gunting itu pula berkata bahawa itu tidak melambangkan tiada tukang gunting. Rambutnya panjang dan tidak terurus disebabkan ia tidak mahu berjumpa tukang gunting untuk memotong rambutnya.
Pelanggan itu pun berkata bahawa begitulah analoginya tentang kewujudan Tuhan. Segala perkara yang tuan kata tadi tidak boleh menafikan adanya Tuhan. Segalanya berpunca kerana manusia tidak datang berjumpa tuhan. Manusia telah jauh daripada tuhan. Manusia tidak lagi berserah kepada Tuhan. Manusia melakukan perbuatan yang ditegah oleh Tuhan. Manusia menyembah tuhan yang hakikatnya bukanlah Tuhan sebenar yang layak disembah seperti Allah.
Siap rambutnya digunting, pelanggan itu pergi dengan meninggalkan satu persoalan yang perlu difikir dan diambil iktibar oleh tukang gunting itu.
Salam YB.
BalasPadamSuka dengan entri ini. Perbandingan yang dibuat oleh pelanggan tu sungguh tepat. Kalau hendak berhujjah dgn orang seperti tukang gunting tu, kena beri contoh yang konkrit depan mata baru mereka boleh faham. Kalau tidak, masalah kita nanti kalau hendak melayannya.
Salam MSH,
BalasPadamTerima kasih kerana berkunjung.
Dalam berhujah mesti ada teknik. Ini yang kita lemah. Lebih lebih lagi bila nak berhujah dgn bukan islam. Pernah ikuti ceramah Bro Shah Kirit tentang dakwah terhadap bukan islam (Lihat Tag Ceramah).
Sahabatku YB;
BalasPadamAda ketikanya ujian yang Tuhan berikan amat berbeda dengan seseorang; sedangkan Nabi pun doanya tak semua dimakbul Tuhan inikan kita manusia biasa.
Peristiwa Nabi Nuh AS yang anak & isterinya tak mahu naik ke bahteranya elok kita jadikan contoh teladan.
Dia Allah Nan Esa yang memberi pertunjuk, kepada siapa yang Dia kehendaki.