Selasa, Mei 11, 2010

Metropeliktan

Kereta AI63 series meluncur laju menuruskan perjalanan. Ia perlu sampai tepat pada waktunya namun keselamatan tidak diabaikan. AI63 series sudah serik dengan kemalangan yang lepas. Bukan sikit yg perlu dibayar atas kejadian tersebut. Bergolok bergadai buatnya. Yang peritnya AI63 series tidak boleh memecut selama 6 tahun. Kalau sudah ditakdirkan begitu, terima sajalah bisik hatinya meredakan kehangatan itu. Kereta lain juga kian banyak dijalanan. Sekali sekala mat rempit mencelah di kiri. Berdesup perginya bersama bunyi hingar dari ekzos yang dioperate.

Selepas sahaja melepasi tol kereta AI63 series tidak meluncur laju. Laluan masuk ke metropeliktan memang begitu. Lebih lebih lagi jika cuti umum. Malang sentiasa mengancam. Cukup ramai yang terlibat dengan malang di metropeliktan. Kalau kita tak langgar, orang akan langgar kita. Kalau ikut hukum jalanraya siapa yang langgar belakang dia akan bersalah. Oleh itu bahagian belakang menjadi pertaruhan orang di saat genting. Bontot buruk boleh diganti dengan syarat ada orang akan langgarnya. Maka ada orang yang mengidam supaya bontotnya akan dilanggar orang. Kalau rosakkan boleh repair percuma. Kalau nasib lebih tak payah repair bontot, ganti baru jer.

Dalam AI63 series meluncur perlahan tetiba muncul tah apa ke jenis kereta di depannya. Nampak macam kereta baru. Jenis ni tidak ada di zaman AI63 series, jadi kurang dikenal oleh nya. Kereta itu cuba mencelah di depan AI63 series setelah melihat lori sampah datang dari arah bertentangan. Maut nanti kiranya bertembung. Demi menjaga etika pemanduan AI63 series memberi ruang. Dalam kesesakan itu bontot kereta tersebut cuba dihampiri. Bukan niat menunjukkan kemarahan dan jauh sekali untuk menyondol bontot kereta itu, sekadar ingin melihat pengenalan kereta tersebut. Baru dapat di kenali rupanya SB25 series.

Apabila sampai ke persimpangan Jalan PRKP Pauh semua kenderaan di jalan utama membolak ke jalan tersebut. Kesasakan semakin menggila. Bunyi hon daripada kenderan kenderan tidak putus putus. Ada macam bunyi harimau, ada macam bunyi gajah dan yang paling mencuri perhatian adalah bunyi katak. Hon suara katak ini sangat kuat sehinggakan hampir menenggelamkan bunyi binatang binatang buas yang lain. Entah apa yang dimarahkan sangat oleh kereta berhon katak itu pun kurang jelas. Mungkin dia nak panggil hujan sebab nak test wiper baru.

Kini semua kenderaan berhenti dalam barisan. Cuma mat rempit dapat meloloskan diri. Kereta SB25 series masih lagi berada dihadapan AI63 series. Kedua dua arah jalan kini dipenuhi kenderaan. Mat rempit sekali sekali mencelah celah di antara kenderaan. Menambah lagi kekusutan jalan. Di hujung jalan polis bersedia mengawal keadaan jika perlu.

Dalam kesesakan tersebut tiba tiba Kereta SB25 series mengundurkan kenderaannya. Bontotnya semakin menghampiri muncung AI63 series. Melihat keadaan tersebut AI63 series menghon SB25 series untuk menyedarkannya. Kereta lain juga berbuat demikian. Yang peliknya tiada pula hon suara katak kedengaran. Kereta tersebut tetap mengundur. AI63 series mengundurkan sedikt untuk mengelak dari bercantum. Nasib baik ada ruang di belakangnya. Namun SB25 series tetap mengundur. Kali ini AI63 series tidak boleh berbuat apa apa. Sambil menunggu muncungnya berlaga dengan bontot kereta tersebut, dia tidak henti henti berdoa. Mungkinkah SB25 series terlupa menarik brek tangan, mungkinkah ia tertidur, mungkinkah ia sengaja berbuat demikian sebab jaki terhadap AI63, mungkinkah ia hendak menuduh AI63 series melanggar bontotnya seterusnya ia boleh menuntut insurans dan dapat duit banyak.

Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, AI63 series dituduh melanggar bontot SB25 series. Peliknya bontotnya tak rosak pulak. Muncung AI63 series pun tak rosak juga. Kalau pun berlaga bontot SB25 series bukanlah saingan AI63 series. Kalau ditakdirkan kena pasti ronyoklah muncungnya. Kini peristiwa tersebut rancak kedengaran dalam bual bicara di merata rata.

1 ulasan:

  1. Begitulah nasib mereka yang tertindas; sudahlah naif sangat pulak tu dituduh lagi... biar pun bukan itu kesalahan dia.

    Sebaiknya A163 ini ada kanggaru bar yang dapat menghalang kemaraan SB25 ini.

    Huh!

    BalasPadam