Selasa, Mei 25, 2010

Pengunjung ke 3000

Hari ini jumlah kunjungan ke blogku sudah mencapai 3000. Satu jumlah yang agak kecil jika diperbandingkan. Kalau 3000 entry bolehlah diwar warkan. Sebenarnya timbul rasa buat blog ini apabila ada keinginan mencoretkan sedikit komen pada blog orang lain. Ketika itu blog aku kosong sahaja, yang terpapar hanya ini: No posts match your query.

Aku mula aktif melayari blog setelah diperkenalkan teman akan blog PDKM. Aku mula mengisi blog ku yang kosong mulai 1 December 2009 dengan tajuk Selamat Datang. Atas sokongan followers pula, sesuatu kekuatan kurasakan untuk meneruskan hayat blog ini.

Aku bukan penulis yang pandai menggerakkan tari penanya, aku bukan wartawan yang bijak menyingkap berita, cuma sekadar insan yang meneropong dunia penuh pancaroba serta tipu daya. Melontar sekelumit idea.

Buat para pengunjung dan pemblog terima kasih atas kunjungan.

5 ulasan:

  1. Salaam YB,

    Tahniah dan syabas kepada Teropong Teropong.

    Teruskan meneropong, ya Tuan! :)

    VpeaceV

    BalasPadam
  2. Salam.

    Banyak perkara yang terdapat di dalam blog ini boleh dimanfaatkan.Terima kasih di atas maklumat yang dipaparkan.

    BalasPadam
  3. Salam Umi

    Terima kasih. Insyallah, sama samalah kita meneropong.

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz Leenoh

    Segala yang baik itu daripada Allah. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Teruskan menulis, biar pun aku asyik terlepas banyak catatan YB tetapi semakin hati rasa semakin teringat-ingat blog ini.

    Blog tak semestinya dari kalangan penulis mapan; ada penulis mapan asyik menulis bahan lain blognya tak selengkap mana.

    Aku baru berbual dengan rakanku di DBP, nampaknya dia pun tak lagi minat menulis blog atau puisi; katanya dia lebih memikirkan wang setelah buku 1Malaysianya laris terjual sampai ke RM18K.

    Bila penulisan telah dikaitkan dengan duit; rasanya semakin payah kita dapat menatap tulisan yang baik di bidang blog ini.

    Tulisan YB semakin baik & rasanya jika YB terusan menulis insyaAllah Bahasa Melayu kita akan bertambah baik.

    BalasPadam