Jumaat, Mei 28, 2010

Al Fatihah

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Al Imran, 145)

Pada 14 April 2010 lepas, isteri kepada sahabat kampungku Abd Sahar (Taa) telah meninggal dunia pada usia awal 40an. Semenjak aku berpindah kerja ke Perak aku jarang berhubung dengan kawan kwan sekampung yang berada diKuala Lumpur. Kami sekadar bertemu sekiranya kebetulan pulang ke kampung pada masa yang sama. Aku tidak menerima perkhabaran yang isterinya sebelum meninggal telah mengidap beberapa lama.
Apabila membayangkan 5 orang anak anak yang ditinggalkan, aku dapat merasakan akan kesedihan yang ditanggung oleh mereka. Lantaran arwah bapa aku meninggal ketika di usia 40 dan aku baru 12 tahun.

Sejak dulu lagi bila aku melihat mereka sekeluarga, benak ku kerap akan mengimbau kembali majlis pernikahan mereka. Sahabat ku ini meminta aku menjadi pengapit semasa majlis pernikahannya. Tersentak rasa hati ini kerana tiada pengalaman dan belum lagi berjinak jinak tentang urusan nikah. Aku minta supaya ia cari orang lain sebab aku belum bersedia. Walaupun aku kawannya tapi aku rasa aku bukan lah kawan paling akrab padanya. Sesuatu yang aku tidak boleh lupa kata katanya: "Untuk urusan lain kau boleh suruh aku minta tolong dengan orang lain, tapi untuk urusan ini(nikah sahaja) aku mintak kau tolong aku.Untuk menghargai kepercayaannya kepada aku, dengan perasaan gementar aku kata OK lah.

Di kedai Eden Tailor, Seri Serdang aku tempah baju melayu biru tua. Salah satu sebab aku tolak tempoh hari permintaannya adalah kerana aku tidak ada sepasang baju melayu lengkap. Apabila baju melayu telah siap aku rasa keyakinan untuk membantunya datang. Lagi dipandang semakin yakin rasanya. Orang tua kata kalau kita dah mula jadi pengapit, tak lama lepas tu kita pula akan kena apit. Menjangkit semacam ada badi.
Tanggal 25 Desember 1988 tibalah hari pernikahannya di Tanjong Malim. Segalanya berjalan dengan lancar. Entah apa kuasa yang aku miliki, segala gementar hilang dan terasa pula keyakinan di hati. Selepas itu sah mereka diijab kabul dan pernikahan mereka kekal hingga akhir hayat isterinya selama 16 tahun. Sesungguhnya apa yang datang daripada Allah itu lah yang terbaik untuk kita. Aku doa akan semoga sahabatku ini dapat meneruskan kehidupan bersama anak anaknya dengan sempurna. Suatu persoalan yang belum terjawab dan yang tak pernah aku tanya kepadanya, mengapa aku kau pilih?


Malam semalam 26 May 2010 sebaik sahaja aku merebahkan badan kekatil, tetiba satu sms masuk. Biasanya Celcom jarang hantar sms waktu tengah malam. Aku lantas membacanya. Innalillah wainna ilaihirojiun. Seorang penduduk kampung ku, wanita lingkungan umur lima pulohan, Timun telah kembali kerahmatullah. Aku tak pasti nama sebenarnya, tapi itulah nama yang diberi oleh keluarganya dan penduduk kampung.

5 ulasan:

  1. Al Fatihah buat keduanya. Moga mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin.

    BalasPadam
  2. Salam mama ju

    begitulah kalau janji dah sampai..tiada sesaat tertangguh.

    BalasPadam
  3. Salam Tokan

    Moga roh dicucuri rahmat oleh Allah.

    BalasPadam
  4. al-fatihah... bayangkan usia kita semakin pendek; aku buat keputusan bersara awal memang lantaran memikir usia;

    Jika kita telah punyai penyakit kronik ada baiknya berehat sahaja di rumah; tampungkan diri dengan pelbagai amal ibadat. Kalau bukan pun kariah surau; ada baiknya jenguk surau; kalau tak banyak bermasyarakat banyakkan membantu keluarga sendiri dalam urusan rumah tangga.

    Terkadang kita berkerja membantu mereka yang jelas tamak dunia atau bangsa asing yang menindas kita apa matlamatnya!

    BalasPadam