Rabu, Mei 19, 2010

Masjid Jamek Kariah Sungkai, Perak

Masjid ini terletak berhampiran simpang masuk ke pekan Sungkai. Rekabentuknya nampak mudah tapi mampu memberikan keselesaan kepada para jemaah. 

Lokasi masjid ini sungguh cantik di mana terletak diatas tanah agak tinggi. Sesuai dengan lambang kepada syiar islam  ianya mudah dilihat daripada jalanraya bagi pemandu pemandu yang mencari tempat untuk solat ketika dalam perjalanan. Sesungguhnya solat yang didirikan ketika dalam perjalanan akan menambah ketenangan ketika memandu di mana ia akan memulihkan kembali kecergasan kita. Yang lebih penting lagi solat tidak boleh ditangguhkan. Apapun berlaku ketika kita sudah menyempurnakan solat, alhamdulillah kita tiada hutang dengan Allah.

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah khemah yg disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.Empat tiang lagi itu ialah tiang-tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yg di penjuru itu hilang maka akibatnya runtulah penjuru khemah yang rosak itu. Kini marilah kita lihatlah dengan mata kita sendiri sejauh manakah yg telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari."  Sudah barang tentu badannya akan bersih daripada kotoran.

Rasulullah pernah menyatakan kepada sahabatnya, jika mereka melihat satu orang berulang alik lima kali ke masjid untuk solat sudah tentu ia orang yang baik dan bersih daripada dosa, laksana badan yang bersih apabila lima kali mandi di sungai.
Rasulullah SAW pernah bersoal jawabdengan iblis. Antara soalan yang ditanyakan kepada Iblis ialah,
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis:
"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

3 ulasan:

  1. assalamualaikum YB...boleh tmpang sekali n link blog tuan

    BalasPadam
  2. Salam Sdr Tokan

    Terima kasih kerana menziarah. Amat dialu alukan utk perkongsian bersama.

    BalasPadam
  3. Masjid itu sering diumpamakan Rumah Allah; tak semua orag boleh terpanggil menziarahinya!.

    Sedangkan semua tahu solat berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda berbanding solat sendirian tetapi kita sering tidak merebut peluang ini.

    Selamat berangkat ke Tanah Suci; hari ini dah pun 1 Jun Lusa YB akan bertolak ke sana..

    Doakan jodoh anak aku itu kekal selamanya & doakan perjalanan aku mengikat talian kasih ini dipermudahkan!.

    Agar YB akan Selamat pergi & Selamat kembali ke tanah air.

    BalasPadam