Sabtu, Ogos 21, 2010

Nikmat Islam

http://www.thesupercars.org/wp-content/uploads/2008/01/bugatti-veyron-main-post-1.jpg
Anda  memiliki sebuah kereta mewah, teramat mewah dengan kecanggihan segala sistem. Satu satunya kereta yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain. Kereta paling laju didunia. Mempunyai sistem penghawa dingin yang nyaman. Sistem keselamatan yang terbaik menjanjikan keselamatan kepada anda dan macam macam ada lagi,

Kereta tersebut anda simpan di garaj dan diselimuti sepanjang masa. Apabila anda ingin menatapnya barulah anda buka selimut tersebut namun anda tidak pernah memandunya.

Persoalannya adakah anda menikmati pelbagai ciri ciri kemewahan dan kecanggihan kereta tersebut. Di manakah datangnya nikmat memiliki kereta tersebut?

Segala keistimewaan kereta tersebut hanya dapat anda nikmati apabila anda masuk ke kereta itu. Selepas itu anda hidupkan injinnya. Hidupkan segala sistem dalam kereta tersebut. Ajak teman naik bersama. Pandu ikut peraturan jalan raya. Maka anda akan rasai kebahagian di jalan raya.

Begitulah dengan Islam. Setiap manusia kena masuk ke dalam Islam dahulu. Hidupkan atau tegakkan segala rukun yang diwajibkan. Kerjakan ibadah ibadah sunat. Maka anda akan rasai andalah antara orang islam yang paling bahagia.

Oleh itu sesiapa yang tidak menganut islam ataupun sudah islam tapi tidak mengamalkan cara hidup islam maka tiadalah dapat merasai dan tahu akan kecanggihan islam itu.

2 ulasan:

  1. Salam sejahtera,

    kali pertama saya menjenguk ke blog ini , itu kerana sdr ke SIK sebentar tadi dan sempat pula menyampaikan salam kepada rakan yg belum dikenali. Tapi kalau kawan Pak Cha tentulah kawan sdr juga. Terima kasih Semoga kita berjumpa lagi.

    Selamat menunaikan puasa dan segala ibadat dalam bulan Ramadan ini.

    BalasPadam
  2. Salam Pak Non

    Terima kasih kerana berkunjung. Gembira melihat hebungan yg berkekalan hingga bercucu cicit.

    BalasPadam