Selasa, Ogos 24, 2010

Di Kejar Polis

Sejurus selepas aku membelok ke kanan melintasi lampu isyarat di atas tiba tiba kedengaran siren polis dari arah belakang. Daripada cermin pandang belakang, aku lihat sebuah kereta peronda mengekori aku. Aku pasti  aku yang dikejar sebab tiada kereta lain yang berhampiran. Tiba tiba polis tersebut memintas keretaku dan mengarahkan aku berhenti.  Sepantas kilat fikiran aku berkata ini mesti gara gara lampu isyarat. Peristiwa berlaku di sebuah pekan kecil bernama Kubu Gajah, Selama Perak. Pekan ini amat asing bagi aku.

Semasa berhenti di lampu isyarat tadi, sebuah kereta peronda juga berhenti disebelah kiri aku. Oleh kerana jarang sampai ke sini aku sedikit celaru dengan lampu isyaratnya. Simpang empat tidak betul betul seperti huruf " t ". Oleh itu lampu isyaratnya tidak tersusun lurus mengikut arah pandangan. Sekiranya anda berada dalam kereta seperti gambar di atas, lampu isyarat manakah yang akan anda lihat. Jawapannya sudah tentu yang di hadapan anda. Ya, aku pun juga melihat lampu yang berada dihadapan kita iaitu yang berhampiran dengan lori seperti gambar di bawah.

 Sekiranya anda mengambil keputusan seperti aku, anda juga pasti akan di kejar peronda satu hari nanti. Rupa rupanya lampu isyarat untuk anda rujuk adalah yang di sebelah kanan dalam gambar di atas (klik gambar utk lebih jelas). Jika lampu sebelah kanan itu hijau, baru kita boleh jalan.
Orang keliling memerhatikan aku disoal siasat oleh polis peronda. Malu juga rasanya sebabnya orang salah saja yang akan dikejar polis. Tiba tiba sebuah lagi kereta peronda tiba dan parking di belakang kereta aku pula. Aku beritahu padanya aku jarang sangat sampai di sini. Aku keliru dengan sistem lampu isyarat tersebut. Paling masuk akal padanya " mustahil saya langgar lampu isyarat sedangkan encik (polis peronda) berada di sebalah saya, saya mengaku saya silap dan saya nak minta maaf " Dia pun mula nampak berlembut sikit.

Orang kata kalau di tahan polis kena bagi salam cepat cepat. Dia akan balas salam kita. Jadi kalau dia dah ucap sejahtera kepada kita, tak kan dia nak saman. Itu bermakna kita tak akan sejahteralah.

Alhamdulillah, Allah menyelamatkan aku daripada penginayaan sistem lalulintas yang bercelaru tersebut. Yang lebih besar lagi kami didalam kereta selamat daripada kemalangan yang mungkin terjadi akibat daripada kesilapan membaca lampu isyarat.

Untuk memastikan keadaan tersebut berbahaya maka aku ke lokasi tersebut sekali lagi. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar ketika berhenti di lampu isyarat tersebut.

Aku sudah melaporkan kecelaruan tersebut kepada JKR Perak melalui aduan online. Apakah aduan tersebut sampai tidak ketahuan sebab tiada respon daripada mereka. Bagi pemandu baru di kawasan tersebut sila berhati hati demi mengelakkan sebarang kemalangan.

4 ulasan:

  1. Selamat memandu, hati2 di jalan raya...wah baguslah buat ingatan buat yg lain2. Selamat menjalani ibadah puasa.

    BalasPadam
  2. salam mama ju

    Betul, berhati hati di jln raya, selamat dan tak kena saman. Selamat meneruskan ibadah puasa.

    BalasPadam
  3. Salam YB,

    Elok suggest JKR buat sistem 'poke yoke' maksud tak mungkin silap. Konsep ini digunakan dalam kilang-kilang pengeluaran. Contoh: Kenapa topi keleder ada tabek, dan kenapa bingkai cermin mata melengkung? Sebab untuk elak dari dipakai terbalik.

    Anyway, selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya, walaupun raya lambat lagi.

    BalasPadam
  4. Salam Tn Hj MSH.

    Konsep yg dicadangkan memang bagus sebab bila memandu perlu buat keputusan secepat mungkin.

    Terima kasih dan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya juga diucapkan.

    BalasPadam