Ahad, Ogos 01, 2010

Hukuman Karpal Singh


Apabila ada pihak berusaha menegakkan hukum islam maka tidak kurang yang menentang termasuklah orang islam sendiri. Orang kafir apatah lagi, siap ugut konon langkah mayat beliau dahulu sekiranya berangan angan sedemikian.

Mati adalah hukuman penamat iaitu paling keras di dunia ini. Mengapakah Karpal Singh sanggup mencadangkan perogol dihukum mati. Seolah olah beliau sudah mula memperakui ketepatan hukum dalam islam. Dalam islam sesiapa yang telah bernikah didapati bersalah melakukan zina maka dikenakan hukuman rejam sampai mati. Kalau seseorang berzina boleh dikenakan hukuman sedemikian sudah pasti kesalahan merogol tidak boleh lebih ringan daripada itu.

Negara kita mengamalkan undang undang British. Sedangkan di Malaysia ini terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain lain. Tiada pun orang British. Tetapi semua bangsa menerima undang undang itu. Tapi peliknya sukar sungguh untuk menerima undang undang islam walaupun majoriti orang melayu di Malaysia ini islam. Orang cina, india, kadazan dan iban juga ada yang islam.

Undang undang Allah sesuai pada bila bila masa, di mana sahaja dan kepada sesiapa. Kehidupan hendaklah disesuaikan dengan undang undang Allah dan bukan undang undang itu disesuaikan dengan kehidupan kita.

4 ulasan:

  1. Salam YB. Apabila kita sendiri tidak mahu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh agama kita, pastinya tuhan akan menggantikannya dengan kaum yang mungkin lebih baik dari segi pemikiran dan tingkah laku mereka....

    BalasPadam
  2. Salam Tokan,

    Moga kita pula tidak mendapat kemurkaan Allah.

    BalasPadam
  3. Salam YB..

    Memang begitu!!! Saidina Omar r.a pernah berkata kira2 gini "Manusia takut kpd perkara yg mereka tidak tahu"

    Nasihat bagi org yg mengaku berugama Islam, belajar, belajar dan terus belajar. DALAMI LAH AGAMA KAMU SENDIRI.

    BalasPadam
  4. Salam Aki44

    Terima kasih kerana berkunjung.
    Betul tu. Kita disuruh menuntut ilmu hingga ke negeri cina.

    BalasPadam