Rabu, Ogos 04, 2010

Masjid Ar-Rahmaniah, Kg Sungai Wangi, Manjung.


Dalam perjalanan Seri Iskandar - Lumut - Seri Iskandar aku sudah beberapa kali singgah di masjid ini. Walaupun lokasinya lebih kurang 500 meter daripada jalan besar aku sanggup juga membelok kerana amat tertarik dengan keadaan masjid tersebut.
Terdapat kesulitan sedikit bagi kawasan parkir yang terhad. Parkir khas untuk masjid adalah di seberang jalan.
Binaan tandas jemaah wanita di belakang masjid.
Ruang solat dalam masjid sungguh ceria dengan carpet yang berwarna biru dan baru.
Terdapat sebuah gendang yang dipukul untuk menandakan masuknya waktu solat ketika. Tidak pasti samada ia masih digunakan lagi atau tidak. Apapun menjadi bahan tarikan untuk masjid.

Ruang legar di belakang masjid bersih dan tersusun rapi melambangkan kesepaduan ajk dalam mentadbir masjid. Moga masjid ini juga makmur dengan majlis ilmu. Tanpa maslis ilmu maka suramlah masjid.
Tempat melabur saham akhirat
Aku teringat satu kejadian di sebuah masjid ketika dahulu di mana satu duit tabung dicuri menggunakan lidi. Hujung lidi tersebut disapu dengan gam perangkap tikus. Gam ini digunakan kerana ia melekat kuat dan tak kering. Hujung lidi tersebut dijolokkan kelubang tabung itu dengan tujuan untuk memancing wang di dalam tabung. Ajk masjid kena perhati tabung selalu samada ada kesan gam untuk memastikan wang sedekah jemaah tidak dicuri.
Gambar masjid lama
Gambar masjid lama
Lagi gambar masjid lama
Gambar gambar masjid lama tersebut di frame kan dan digantung sebagai gambar kenangan untuk para jemaah. Melihat kepada gambar tersebut kita tahu bahawa masjid ini telah diubahsuai dengan banyaknya bagi membesarkan saiznya.

11 ulasan:

  1. Salam YB.

    Memang mengkagumkan mesjid tu. Bersih dan ceria, sudah tentu dapat menarik minat jemaah untuk solat di sana.

    BalasPadam
  2. Salam Tn Hj MSH

    Kws sana banyak bangsa asing. Kena tunjuk nilai yg baik kepada mereka.

    BalasPadam
  3. Salam ND,

    Kalau masjidnya bagus barangkali kariah kg juga bagus bagus...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Baharu ni ada singgah, memang cantik. Kaki pun tenggelam. Cuma agak panas.

      Padam
  5. Satu perkara yg dikesalkan...pihak pengurusan masjid mematikan suis utama kipas ketika orang sedang solat

    BalasPadam
  6. Satu perkara yg dikesalkan...pihak pengurusan masjid mematikan suis utama kipas ketika orang sedang solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang saya pun berpengalan soal ini. Pernah solat kat luar masjid pasal singgah dan jemaah sedang solat sunat baadiah. Tak payahlah ajk nak tunggu saya siap solat utk padam lampu dalam masjid. Rupanya lampu luarpun dia padamkan. Solatlah saya dlm gelap. Yg sedihnya bukan dia tak nampak saya. Seab dia lalu sebelah saya.
      Wallahuaklam.

      Padam
  7. Masjid dah berwajah baru

    BalasPadam
  8. Iya ker?..kalau lalu nanti saya singgah..

    BalasPadam