Mengungkit ngungkit sesuatu pemberian dikira riak. Ada dermawan suka mengungkit sumbangannya. Ada kawan suka mengungkit bantuannya. Ada juga kerajaan yang suka mengungkit pembangunan yang dibuatnya. Allah berfirman:
Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah, 2: 264).
Sesungguhnya orang yang ikhlas yang mengharapkan keredhaan Allah sentiasa menghindari sikap buruk ini.
Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah, 2: 264).
Sesungguhnya orang yang ikhlas yang mengharapkan keredhaan Allah sentiasa menghindari sikap buruk ini.
Terdapat 2 golongan yang boleh bersifat mengungkit pada sesuatu keadaan, iaitu ibubapa dan golongan guru.
Ibubapa boleh mengungkit akan jasa yang dicurahkan terhadap anak anaknya andaikata anak anaknya bersikap tidak tidak mengenang jasa terhadap kedua ibubapanya mengikut yang dianjurkan agama.
Manakala golongan guru pula boleh mengungkit akan ilmu baik yang dicurahkannya andaikata anak didiknya telah lari dari landasan ajarannya.
Sikap mengungkit ngungkit amat dilarang. Selain daripada menghilangkan pahala sendiri dan dibenci Allah ianya boleh menimbulkan rasa sakit hati pada yang menerima pemberian.
Sikap suka mengungkit peristiwa lama pula demi menjatuhkan maruah seseorang perlu dihindarkan. Yang mengungkit ngungkit perkara baik pun dilarang ini kan pula mengungkit ngungkit perkara buruk. Fenomena ini amat jelas untuk dilihat apabila musim pilihanraya. Samada ianya berunsur fitnah maupun benar, sesuatu niat itu akan menjerumuskan ke perbuatan maksiat.
Maka, bersegeralah kita menjauhi hal-hal yang seperti itu dan menerapkan keikhlasan dalam setiap amal perbuatan kita dengan mencari redha dari Allah s.w.t.
Assalamualaikum YB
BalasPadamsalam ukhwah
salam ziarah
mengungkit
kita boleh lihat siapa yg paling banyak mengungkit dlam media cetak dan media eliktronik
disini kita tahu pemimpin yg boleh atau tidak jadi pemimpin
Wassalam
Salam Rozali,
BalasPadamMemang jelas lagi terang itu amalan siapa. Kerja mengungkit ni kerja org lemah. Habis diungkit zaman pertugis,zaman jepun, british, yg banyaknya dah tak relevan.
Terima kasih.
Salam YB..singgah sebentar dan izin utk jadi follower..
BalasPadamSalam mfisma,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkunjung dan jadi follower.
Terkadang kerinduan terhadap kawan membuatkan kita terungkit kisah lama; mengungkit kisah lama ini terkadang dapat menyatukan semula ukhuwah sesama kita;
BalasPadamMengungkit yang amat dibenci bilamana perkara yang buruk mahu diuar-uarkan sedangkan empunya diri telah berubah.
Aku dulu pun sering buat silap dalam pergaulan, zaman remaja sering kita asyik terleka, perkara aib begini tentunya akan menjadi nanar kalau diungkit.
Namun ada kalangan rakan atau waris kita tidak pernah berubah sejak azali; masih melakukan perkara dosa yang sama. Bagaimana mahu menyedarkan golongan ini jika berkali-kali melakukan kesalahan yang serupa.
Teguran tak makan, sindiran tak makan, apakah kita mahu biarkan sahaja!?. Penat!.