Dah berbulan rasa nya aku tak pergi ke kebun sawit. Sejak diserahkan kepada saudara Karim menguruskannya, saya dan isteri tidak lagi pergi mencuci, meracun atau pun membaja. Kalau 4 tahun dulu kamilah yang mengerjakan segalanya termasuk menggali lubang dan menanam pokok pokok itu. Banyak cuti hujung minggu ketika itu dihabiskan di kebun. Walaupun terasa terlalu penat bagaikan buruh kontrak tetapi badan terasa sihat. Terasa kepuasan di hati bila melihat hasil tangan tegak berdiri subur walaupun ada yang tumbang disungkah si sondol. Pokok yang semakin membesar memerlukan penjagaan rapi.
Semasa perbersihan tanah dahulu, terdapat beberapa batang pokok asam gelugor dibiarkan terus hidup. Asam gelugor boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan sekiranya ditanam secara banyak. Ada ramai orang kampung pergi ke Mekah dengan duit asam sahaja.
Asam gelugor atau asam keping (garcinia atroviridis) ialah sejenis pokok yang boleh berkayu dan boleh membesar seperti pokok mempelam. Kayu pokok asam amat sesuai untuk dijadikan ukiran. Penggunaannya meluas dalam pembuatan key chain.
Buah asam gelugur keluar di hujung dahan dan rupanya seperti buah labu kecil. Kulitnya berkilat. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam. Ianya banyak digunakan sebagai bahan tambah perisa masam dalam masakan terutamanya melayu. Antara masakan popular yang mesti menggunakan asam ini ialah laksa, ikan masak asam dll.
Buah asam ini berbiji. Untuk membiakkannya, biji ini perlu disemai untuk mendapatkan benihnya. Ia perlu penjagaan rapi di mana tidak boleh terdedah kepada panas.
Pemprosesan asam ini bermula dengan menghiris nipis buahnya sebelum dijemur. Dijemur di bawah panas matahari. Sekiranya cuaca cantik panasnya akan mengambil masa dalam 4 hari untuk kering. Selain itu ia boleh dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging.
buat pertama kalinya saya melihat buah asam gelugur ni....makan begitu saja boleh ke???
BalasPadamSalam SAK
BalasPadamBoleh saja...jauhkan muka daripada orang...mesti berkerut seribu. Masam sungguh.
salam anaknda,
BalasPadamPucuknya yang muda boleh dimakan buat ubat darah tinggi.
Kepingan asam di rendam dalam air semalaman,kemudian diminum,insyaallah darah akan turun.
Ayah suka buat ulam pucuknya.Dah biasa dia tak akan lagi masam.
Selamat mencuba.
salam ayahanda,
BalasPadamBila masa berpucuk nanti boleh lah dicuba. Ada juga orang kata boleh buat sayur.
Terima kasih atas petua ayahanda tu.
rumah ayah saya ada tanam pokok gelugor ni..dah berapa lama hidupnya...ayah saya selalu menjemur asam gelugor macam gambar kat atas tu..dikumpul2 byk kilo dan menjualnya kat kedai.boleh la nak menambahkan duit poket dan menjadikan satu aktiviti masa lapang..hehehe..
BalasPadamSalam jijasakura
BalasPadamentah entah duit belanja sekolah dulupun hanya pakai duit asam jer...duit gaji dia tak usik langsung. Begitulah jika berjasa kepada bumi.
Jika di padang SS memang hari-hari ada pucuk asam gelugur ini; sungguh ianya bagus untuk darah tinggi & banyak penyakit lain.
BalasPadamMaka itu aku lebih suka membuat hutan simpan yang penuh pokok sebegini. Memang itu tekadku. Di kampungku masih ada pokok asam gelugur ini. Usianya boleh mencecah beratus tahun. Aku masih ingat masa zaman kanak-kanak ada dua pokok tumbuh di tepi jalan di kampungku sampai sekarang ianya masih tumbuh gah.
Ramai yang tahu asam keping & enaknya laksa dgn aromanya.. sebut asam gelugur mulalah panik pokoknya sama... Tak ramai kenal pun batang tubuh pokok ini.
Bandingkan kelapa sawit; 20 tahun dah tua; tak boleh buat apa, kena tanam semula; pokok asam gelugur jika telah membesar tak perlu penjagaan yang rapi!. Lebih dari tiga generasi boleh kutip & manfaat seluruh batang tubuhnya.
Salam Idan
BalasPadamPokok asam ni sukar nak hidup. Saya ada cuma tanam beberapa pokok dahulu tapi sepokok pun tak ada lagi. Mungkin penjagaan tak betul kot.