Jumaat, April 09, 2010

Masjid Ehsaniah, Padang Serai, Pantai Remis. Perak

Masjid ni salah satu masjid yang menjadi tempat singgahan aku juga kalau ke Taiping. Di halaman masjid terdapat ruang lapang berpagar seperti pentas untuk membuat persembahan. Aku tidak pasti apa tujuan benda ni dibuat. Sesungguhnya ia amat bermanfaat sekiranya dijadikan medan syarahan atau ceramah agama. Boleh juga untuk pentas tilawah Al-Quran.

Kemudahan begini sepatutnya dimanfaatkan untuk mengembangkan syiar islam. Masjid mesti mampu untuk menarik penduduk untuk menghadirkan diri ke masjid. Masjid tidak boleh dijadikan tempat solat sahaja. Skopnya perlu diperluaskan. Aktiviti setempat sebaiknya bertumpu ke masjid agar jiwa umat islam lebih rapat dengannya.
Mari kita muhasabah diri kita bersama, sejauh mana kecintaan kita terhadap masjid yang merupakan lambang syiar islam. Berapa kerap kita menjejakkan kaki kita ke masjid dalam seminggu. Adakah sekadar sekali iaitu bagi menunaikan solat jumaat. Adakah kita kenal dengan imam imam , bilal bilal, tok siak tok siak masjid kita. Berapa ramai ustaz yang mengajar di masjid yang kita kenal.

Saya teringat sebuah cerita yang disampaikan seorang ustaz. Ia berjumpa seseorang yang tidak dikenalinya di sebuah hospital. Apabila ia bertanya orang lelaki itu dimana ia tinggal, orang itu mengatakan di Taman M. Ustaz bertanya lagi, sudah berapa tahun. Ia menjawab ia tinggal di situ sudah 8 tahun. Terkejut ustaz itu kerana ia tidak kenal lelaki itu sedangkan mereka duduk setaman.

Oleh kerana lelaki itu pun tidak kenal ustaz itu, ia bertanya kembali dimanakah ustaz itu tinggal. Ustaz membalas Taman M juga. Tercengang ia kerana ia tidak pernah berjumpa ustaz tersebut. Sedangkan ustaz itu sering memberi kuliah di surau Taman M. Selain itu ustaz tersebut merupakan salah seorang imam surau. Sekiranya penduduk Taman M tidak kenal ustaz itu boleh diumpamakan seseorang yang tidak kenal ketua jabatannya. Sekiranya ia pernah berjemaah ke surau, sekurang kurangnya ia akan kenal imam.

Bayangkanlah perkara apakah yang menyebabkan ia amat jauh dengan surau atau masjid. Amat jauh dengan imam dan ustaz. Sedangkan sebahagian hidup kita amat memerlukan golongan itu. Kahwin kita perlu imam/juru nikah. Kenduri arwah kita perlukan orang masjid untuk membaca Surah Yasin dan tahlil. Akhirnya, hendak tak hendak mati kita perlu imam untuk menyembahyangkan kita.

4 ulasan:

  1. Salam YB, ana salah seorang imam di tempat ana..perkara ini biasa berlaku..bila ada kematian baru cari surau dan imam..suruh baca tahlil..lepas tu hilang semula..kekadang rasa malas nak layan..tapi sebab Fardu Kifayah laksanakan kan juga..

    BalasPadam
  2. Salam mfisma,

    Saya ingat satu pendekatan yg diamalkan oleh seorang ustaz. Bila dijemput mengepalai sesuatu majlis spt tahlil, ia akan bagi sedikit tazkirah barang 10 minit. Tak kan tuan rumah nak marah. Kalau dia marah kita balik lah. Nak tunggu dia datang ceramah kat surau, entah bila. Jadi dia guna teknik ni.

    Wassalam

    BalasPadam
  3. salam...surau tempat saya time terawih ramai lah...

    BalasPadam
  4. salam sonata,

    kena kekalkan selepas terawih juga.

    BalasPadam