Zaman sekarang ini kita boleh melihat kebanyakan perjuangan lebih menjurus kepada perjuangan peribadi. Walaupun di lihat bergerak secara berkumpulan tetapi hakikatnya piagam yang tertulis tertinggal kebelakang. Maka ramailah para pemimpin samada peringkat parti, pertubuhan , kelab, NGO waima PIBG maupun surau dan masjid bersikap seperti enau dalam belukar. Berlumba lumba mempersiapkan kedudukan yang selesa bagi menjamin tampuk pimpinan dalam genggaman. Akhirnya matlamat yang diimpikan ramai orang tercicir yang tak mampu untuk dikutip.
Dato Maharaja Lela
Berbalik kepada isu pokok, sepatutnya kita bangsa melayu berada dalam keadaan lebih kuat daripada keadaan yang ada sekarang. Kita tidak nafikan ramainya pemimpin dikalangan bangsa kita. Bukannya kita mahu megajak mereka membawa kita menguasai dunia tetapi cukuplah sekadar dapat mendominasi Malaysia. Adakah kita masih bermimpi dengan kehebatan Hang Tuah. Adakah kita percaya Hang Tuah meninggalkan kehebatannya dihujung keris hingga kini masih ada yang tercium cium mata keris. Mana perginya semangat semangat Datuk Bahaman, Tok Janggut, Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor. Wahai bangsaku, bangunlah, bangun membela bangsa demi memperjuangkan agama kita yang tercinta. Kurangkan sedikit keluasan mulut kita agar kita kurang bercakap lebih bekerja. Jadilah seperti ubi dalam tanah, diam diam berisi. Banyak bawa manfaat. Tetapi jangan pula jadi ubi dalam tempayan. Rupa sahaja ubi tetapi sifat berubah menjadi tapai. Rupa sahaja ubi, bila dipicit lembik tak melawan. Lebih teruk lagi, airnya pula memabukkan masyarakat hingga tak lagi nampak mana letaknya bangsa dan mana letaknya agama.
Aku suka tapai ubi yg masak semua; ada yang kita beli sudahlah tak manis ubinya pula masih ada yang tak masak, keras semacam. Tapai pulut kurang sikit!.
BalasPadamMelayu bagiku memang bangsa yg seharusnya amat keramat & kreatif. Semangat kita orang Melayu bukan tandingan.
Sebut Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor pasti dunia barat pun gerun. Bukanlah lantaran mereka ini terlibat dalam pembunuhan itu yg digeruni tetapi semangat membela bangsa itu amat tinggi.
Hari ini para pemimpin kita saling menuding, baik BN mahu pun PR mengatakan bangsa kita sesama berkompromi dengan Israel atau Yahudi. Apakah rakyat marhaen mahu didedahkan sikap ukhuwah kita ini semakin pincang. Tuduh menuduh & aib mengaibkan.
Rasanya tak ada penghujungnya perbalahan & fitnah ini. Kita tak dapat apa jika terusan berbalah. Dalam senyap-senyap golongan pemimpin ini menjadi bangsawan yg menggadaikan agama, harta negara, bangsa & tanah air sendiri. Sedang tak sedar harta & milik negara menjadi gah milik mereka.
Tak kisahlah jika semua rakyat tidak papa kedana.
Sesuatu kena dibetulkan!. Cara bagaimana fikirkanlah!
Salam Idan,
BalasPadamTeringat kenangan bersembang dgn bekas wakil rakyat (kerajaan) semasa kunjungan hari raya saya kerumahnya beberapa tahun lepas. Isteri saya kawan kepada anaknya. Dia kata: pemimpin sekarang ni berjuang untuk mencari kekayaan. Tetapi zaman kami dulu kami benar benar ikhlas untuk membela bangsa dan agama. Tengoklah rumah saya ni, mungkin macam rumah kamu jugak. Saya tak ada kereta besar walaupun saya menjadi YB 4 penggal"
Dia pun kutuk pemimpin yg sama parti dgn partinya dahulu.
Wallahuaklam.