Rumpun Nipah itu telah lama hidup berdamping rumah mertuaku. Aku tidak pernah ambil peduli akannya. Entah mengapa minggu lalu tetiba tersentuh di fikiran untuk mengambil sedikit kisah akan nipah tersebut.
Nipah ni aku kenal lantaran ia popular dijadikan atap rumah. Lebih daripada itu sekadar pucuknya dijadikan daun rokok, rokok daun. Kalau orang muda memiliki rokok daun nipah ini amat sinonim untuk dikaitkan dengan ketagihan ganja. Selain itu Teluk Nipah di Pangkor atau Virus Nipah yang amat bahaya.
Pokok nipah mudah didapati di kawasan berpaya dan berhampiran pantai. Banyak terdapat di Malaysia. Berbatang pendek, mempunyai pelepah pelepah berdaun yang sangat panjang sehingga 6M.
Pada masa dahulu, daun daun nipah amat berguna untuk dijadikan atap. Daun daun tersebut disusun dan dijalin menggunakan tali yang dibuat dari batang bemban. Kerja kerja ini memerlukan kepakaran bagi menjamin ianya tidak bocor ketika hujan turun.
Penggunaannya kini telah ditelan zaman ekoran faktor ketahanannya yang singkat iaitu sekitar 3 ke 5 atahun sahaja. Walau bagaimanapun atap nipah masih ada dipasaran bagi menampung penggemar peminat rekabentuk klasik. Sesuai digunakan dalam pembikinan pondok yang memerlukan suasana nyaman dan dingin. Ini kerana atap ini tidak menyimpan haba panas matahari seperti zing.
Pucuk nipah pula sesuai digunakan sebagai daun rokok. Tembakau yang diisi kedalamnya digulong dengan pucuk nipah yang dipotong sepanjang rokok.
Buah nipah mempunyai isi seperti buah kabung dan amat sedap dimakan. Namun disebabkan kepupusan dan kesukaran mengambil buahnya, ianya amat sukar diperolehi sekarang.
Salam YB,
BalasPadamSaya amat rindu pada buah nipah. Itu antara makanan saya semasa kecil-kecil dulu.
Salam Dr,
BalasPadamSemua peristiwa ketika kanak kanak amat dirindui.
Saya langsung tak pernah makan. Hari tu teringat nak makan, belah buahnya, masih muda pulak (lihat gambar). Nanti tunggu tualah dulu.
Terima kasih kerana berkunjung.