Suatu hari Rasulullah didatangi malaikat bertanya samada penduduk Madinah menunaikan solat suboh. Rasulullah menjawab bahawa mereka mendirikan solat tersebut. Lalu malaikat bertanya lagi mengapa tidak dilaungkan azan. Lantas Rasulullah menjawab bahawa azan juga dilaungkan. Malah azan hari ini lebih merdu dan sedap yang dilaungkan oleh salah seorang sahabat. Malaikat mengatakan bahawa mereka di langit tidak dapat mendengar suara azan tersebut seperti hari hari sebelum ini. Rasulullah pun berfikir mengapakah malaikat tidak mendengar azan sahabat itu.
Mengikut riwayat Rasulullah pernah didatangi oleh seorang sahabat meminta ingin menjadi muazin. Pada masa itu muazin sudah ada. Lalu beliau mengatakan jika boleh sehari pun memadai. Rasulullah masih tidak memberi persetujuan. Beliau masih meminta, jika tidak dapat sehari sekalipun jadilah. Lalu Rasulullah mengarahkan sahabat tersebut datang subuh esok untuk mengumandangkan azan suboh.
Maka esoknya azanpun dikumandangkan oleh sahabat tersebut. Sungguh merdu dan lunak suaranya. Penduduk Madinah juga memuji muji akan azan tersebut. Walau bagaimanapun azannya tidak kedengaran pada para malaikat dilangit seperti azan Bilal Bin Rabah. Ternyatalah bagi Rasulullah bahawa azan yang dilaungkan oleh sahabat itu tidah dengan keikhlasan. Betapa pula ikhlasnya seorang pemuda yang berkulit hitam tetapi mempunyai hati yang putih bersih yang nilai keperibadiannya amat tinggi di sisi Allah.
Maka berusahalah kita seperti Bilal agar segala perbuatan kita didunia ini dilakukan dengan ikhlas hanya sanya untuk Allah bukan atas niat lain laksana ada udang disebalik batu. Sudahlah perbuatan tidak ikhlas lebih daripada itu menambahkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Sdr YB
BalasPadamada ketikanya tak sampai pun niat & atau jasa yg mahu ditaburkan... lantaran yang punya diri terasakan mereka telah cukup segala... mereka telah punya segala.. kita sekadar melukut di tepi gantang... lebih teruk kita dihina lagi... ibarat kita bawa sekumtum bunga itu yang mampu tetapi orang lain membawa sejambak bunga.. lantaran mereka lebih mampu... mungkah itu tandanya keikhlasan kita makin pudar!
Salam Dan,
BalasPadamPenghargaan manusia sekadar pengedap hati yg mungkin membawa lara, tetapi penghargaan Allah lah yg lebih bermakna dlm hidup dan sesudah mati.
Assallamualaikum,
BalasPadamNiat yang ikhlas tu yang penting..tiada riak tiada bangga diri.
Salam
Salam nadz
BalasPadamMemang betul. Niat yg baik disusuli cara yg betul insyaallah ada keberkatan drpd Allah.
Maka itu jika kita perhatikan kenapa golongan kafir ada ketikanya lebih membuat bakti & jasa bersikap lebih Islam dari kita.
BalasPadamGolongan bangsa kita terkadang lebih dari berpura-pura atau berlakon tetiba dikejutkan dengan pelbagai korupsi & sikap tidak jujur di kalangan kita.
Niat semata tanpa usaha melakukan segalanya dengan ikhlas memang takkan ke mana.
Cuba kita perhatikan rakan atau taulan di sekeliling kita; pasti kita temui masih ramai kalangan yang mereka memang banyak jasanya tetapi terbiar melarat. Malahan ada yang pandai bermuka pandai mengambil kesempatan hidupnya makin bertambah kaya raya berbini dua tiga lagi!.
Salam Idan,
BalasPadamApa yang kita terima di dunia tidak menggambarkan apa yg akan kita terima di akhirat. Mungkin org miskin didunia tetapi akan kaya di akhirat. Tetapi kita mengharapkan kaya di dunia dan lebih kaya diakhirat. Ingatlah dlm miskin itu ada fitnah dan dalam kaya itu lebih banyak fitnah.