SEMUA HALAL
Siapapun tak mahu makan babi. Siapapun tak mahu makan anjing. Sebabnya babi dan anjing haram dimakan. Rasuah itu haram. Riba itu haram. Makan rasuah dan makan riba hukumnya juga haram. Bila agaknya pelaku rasuah boleh merasakan makan rasuah itu sama macam makan babi. Kaum cerdik pandai dan alim ulamak harus memainkan peranan dalam mentarbiah agar perbuatan melakukan rasuah itu dapat dilihat sebagai perbuatan yang amat hina dan keji di sisi masyarakat. Janganlah sampai masyarakat kita menjadi seperti kaum yahudi di mana mereka melakukannya ikut sesuka hati mereka tanpa teguran daripada mana mana pihak. Usaha menanganinya mesti ditingkatkan seperti meningkatkan fahaman masyarakat akan peri pentingnya makan makanan halal.
Selain itu gejala melakukan dosa besar, melakukan maksiat, hiburan melampau semakin berleluasa. Penekanan kepada 1 halal perlu menyeluruh. Keseimbangan sistem kehidupan bukan bermakna separuh halal separuh haram. Segalanya juga perlu halal. Boleh berhibur, tetapi hiburan yang halal. Waima menjatuhkan hukuman ke seseorang pun perlu hukuman yang halal.
Melihat kepada laporan yang menjadi paparan akhbar saban hari, amat merunsingkan. Jenayah terjadi di merata rata. Gejala sosial sudah menular serata pelosok. Tidak ada tanda tanda ianya berkurangan. Malah apa sahaja perkara tidak baik, statistik akan menunjukkan peningkatan mengikut peredaran waktu.
Setiap individu perlu memainkan peranan sendiri. Kalau kita tidak dapat membantu orang lain jadi baik, dapat membantu diri sendiri menjadi baik sudah memadai. Sekurang kurangnya kurang seorang orang jahat di dunia ini.
Usaha usaha membenteras gejala haram dalam masyarakat perlu digembeling sepenuhnya. Punca kepada jatuhnya nilai nilai kemanusiaan ini perlu ditangani secukupnya. Jangan jadi seperti menggali lubang mungkar guna jangkaut, sebelah pihak pula menambusnya guna cangkul. Sampai bila pun hajat kita melihat 1 Malaysia semuanya halal tidak akan kesampaian.
bagi pengamal riba dan rasuah mereka tak nampak haram tu pasal ada masyuk...
BalasPadam