Isnin, Mac 22, 2010

Masjid Al Daimiah, Tanjung Belanja, Parit. Perak

Aku sudah hampir dengan rumah, namun waktu maghrib lebih dekat menghampiri. Kalau aku teruskan perjalanan pasti kami sekadar berjemaah dalam kereta. Kata bidalan tidak lari gunung dikejar tetapi mati berlari mengejar kita. Kalau dahulu setiap masjid ada papan tanda mentaskirahkan hati kita "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" Kini papan tanda tersebut telah hilang bersama hilangnya semangat jati dakwah dalam diri kita. Mungkin orang baru yang mengambil alih peranan tersebut nampak usaha itu sia sia. Sekurang kurangnya tersentuh juga hati jika melihatnya, apatah lagi jika diambil sebagai ingatan.
Hari ini orang berusaha sedaya upaya memiliki kereta mewah. Kalau ada kemampuan tidak menjadi kesalahan. Jangan sampai memudharatkan kehidupan didunia ini. Allah amat bangga terhadap hambanya yang menggunakan nikmat yang diberi.

Dalam keasyikan dengan kenikmatan kenderaan yang dimiliki di dunia ini, kita jangan lupa akan satu kenderaan yang sentiasa menunggu kita untuk menaikinya. Samada kecil atau besar mana kenderaan yang dimiliki, semua akan menggunakannya. Yang tidak memiliki kenderaan pun akan juga sama menggunakannya.
Sesungguhnya marilah kita menginsafi diri kita bahawa kenderaan itu Kereta Jenazah sentiasa siap sedia untuk membawa kita ke tanah perkuburan pada bila bila masa pun. Pada bila bila masa itu juga  kita hendaknya sentiasa pula mengingatinya agar kita rasa lebih dekat dengan mati. Ini akan lebih mendekatkat kita dengan Allah. Insyaallah.

6 ulasan:

  1. emmm! Tahniah! anda telah memenangi Anugerah Beautiful Blogger sila ke situs saya

    BalasPadam
  2. Salam Dan

    Terima kasih atas penghargaan anda.

    BalasPadam
  3. SdrKu YB ...

    tanya-tanya org Tanjung Belanja; apa jadinya si Irah anak Pak Mail kat situ; dah bercucu tak dia?...

    BalasPadam
  4. Salam Dan

    Ini kena buat jejak kasih. Lama dah tu

    BalasPadam
  5. salam syamsid dhuha

    terima kasih sudi berkunjung.

    BalasPadam