Jumaat, Januari 27, 2012

Masjid Daerah Taiping

Masjid ini memang selalu ramai jemaah. Mungkin disebabkan terletak di tengah bandar Taiping dan berdekatan pula dengan stesyen bas. Tetapi yang penting adalah iman di hati. Jika iman di hati masing masing tidak suka solat di masjid maka dekat manapun tidak terlintas di hati untuk ke masjid.
Sesetengah orang sanggup berbelanja besar dan berkorban apa saja demi memastikan ia dapat tinggal berhampiran masjid. Beruntung dan berbahagialah mereka kerana setiap kali masuk waktu solat maka persekitaran akan diingatkan dengan laungan azan. Tetapi amat malanglah bagi yang tidak mahu solat kerana segalanya akan dianggap menceroboh kehidupannya.

Masjid ini mempunyai kawasan parkir yang luas. Walaupun hari jumaat tidak menjadi masaalah. Terdapat juga peniaga masih boleh berniaga dalam kawasanmasjid tersebut.

Ruang solat masjid ini sebenarnya telah ditambah daripada keadaan asal. Iaanya semakin melebar ke tepi untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Sabtu, Januari 21, 2012

Pembinaan Semula Surau Al-Amin, Taman Maju

Mungkin anda pernah membaca tentang kebakaran Surau Taman Maju Seri Iskandar di sini sebelum ini. Mungkin juga anda ingin tahu apakah yang keadaan kini surau tersebut lebih lebih lagi bagi insan pemurah yang telah berderma untuk tabung  pembinaan semula surau yang musnah itu.

Sebenarnya aku bukan penduduk taman ini dan juga bukan kariah surau ini. Oleh kerana surau ini terletak di pusat Seri Iskandar menyebabkan penduduk tempatan sering singgah di sini sekiranya waktu solat tiba. Lokasinya juga tidak jauh dengan tapak pasar malam.

Beberapa minggu lepas aku singgah di sini dan kebetulan masa itu aku ada membawa kamera. Maka aku ambil peluang untuk merakamkan keadaan terkini surau tersebut.
Kalau dilihat gambar di atas mungkin ramai mengatakan itu adalah rumah kongsi pekerja dari Indonesia. Tetapi itulah sebenarnya surau sementara tempat penduduk Taman Maju menunaikan solat berjemaah. Walaupun agak tidak selesa tatapi masing masing mengerti akan ujian daripada Allah. Apakah manusia itu akan tetap uth imannya kepada Allah walau apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah surau ini tetap makmur seperti biasa.
Pandangan aku tertarik kepada satu sudut di mana terdapat beberapa tempelan pada papan kenyataan. Aku membelek penyata akaun surau terbakar ini. Aku sekadar memaparkan apa yang di pandang di muka hadapan sahaja.
Apapun projek pembinaan semula telah bermula. Gambar dibawah dirakamkan lebih kurang 1 bulan lepas. Keadaan projek menunjukkan ianya berjalan lancar. Semestinya ahli kariah mengharap surau baru ini dapat digunakan pada Ramadhan yang akan datang.
Insyaallah akan ada paparan lagi selepas ini bagi mengetahui perkembangan pembangunan surau ini. Tanamlah rasa cinta kita terhadap rumah Allah sesungguhnya ia tempat mulia di muka bumi ini.

Rabu, Januari 18, 2012

Nextage Pharmacy, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Desember 2011 lepas aku pergi hantar anakku Syazwan ke Kem Add-Maths anjuran Easy Maths Technics di UKM Bangi. Tahun ni dia akan menduduki SPM. Ini salah satu usaha aku dan isteri  memberi ia bekalan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Maklum balas daripada kakak dia dahulu yang menyertai kem ini mengatakan ianya sungguh baik. Kena berhati hati sebab banyak pihak bernama Easy Maths yang menganjurkan kem sebegini. Yang aku maksudkan baik adalah yang ini  Easy-Maths Technic

Apabila sampai ke Bandar Baru Bangi kami singgah ke kedai Farmasi Nextage milik anak saudara, Suliana. Farmasi ini terletak di Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi iaitu bersebelahan Restoran Tulang Keting. Lebih kurang setengah jam berada di situ nampak pengunjung tidak henti henti mendapatkan bekalan ubat. Beliau berkata pelanggan akan bertambah apabila lepas waktu pejabat hingga ke waktu malam. Farmasi ini beroperasi hingga 10 malam.

Dibantu oleh dua orang pekerja beliau nampak yakin menguruskan perniagaannya. Berbekalkan pengalaman bekerja dengan farmasi milik bangsa india dan juga farmasi milik bangsa cina memberikan beliau semangat dan  daya saing yang tinggi dalam meningkatkan jualan. Jika anda tinggal di kawasan berhampiran anda boleh berkunjung ke Farmasi Nextage untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Isnin, Januari 16, 2012

Masjid As-Saadah Beruas, Perak

Aku memang kerap singgah di sini sebab masjid ini terletak di laluan aku pergi melihat anak di asrama. Masjid agak besar dan selesa selepas melalui proses menaik taraf tandas dan lain lain kemudahan.
Pembukaan Rasmi Masjid

Dewan solat bahagian depan


Dinding depan dewan solat dihiasi khat ayat Al-Quran yang sungguh cantik menghias dewan solat.
Surah surah untuk sembahyang fardhu yang dinyaringkan bacaannya.
Ruang rehat di luar masjid
Permandangan di luar masjid. Kawasan parkir yang luas. Ada juga sekolah agama rakyat di bahagian depan masjid.

Rabu, Januari 11, 2012

Keputusan Liwat - Apa Kata Mereka




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan.
"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," katanya di sini.

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.
“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.
“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir di sini.

 

Pergerakan Pemuda Umno pada Isnin menyatakan bahawa keputusan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah.
Menurut blog Ketua Pemuda Umno di sini yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata, Pemudak Umno turut menolak hujah yang mengatakan kes Anwar merupaan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.

 Aku berkata bahawa DSI Anwar Ibrahim memang orang yang bersih seperti yang diketahui oleh ramai penduduk Malaysia, apabila beliau dilepaskan oleh mahkamah dari tuduhan meliwat. Walaupun berbagai cubaan untuk menjahanamkan beliau dari era politik namun kekentalan jiwa serta prinsip perjuangan yang betul meletakkan beliau sentiasa di kelompok orang yang sukar ditewaskan. Semangat dan prinsip yang beliau miliki amat perlu ada dalam jiwa seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. YB.



Mereka masih mengambil kepentingan daripada keputusan mahkamah. 

Selasa, Januari 10, 2012

Jangan Suka Tuduh Orang

 
Selesai kuliah tafsir At-Tiin, Ustaz Onn membuka ruang pertanyaan kepada para jemaah. Lalu bertanyalah seorang ahli kariah,"Ustaz! tadi saya mendapat panggilan daripada kawan, dulu dia kata yang dia selalu menceritakan perihal liwat Anwar kepada kawan kawan. Setelah mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah maka timbul perasaan menyesal dan bersalah dalam dirinya. Oleh kerana saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat buatnya, boleh tak Ustaz bagi tahu apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kawan saya itu. Perasaan bersalah itu terlalu mencengkam perasaannya."

Ustaz Onn menjawab sebenarnya soalan itu ada kaitan dengan surah yang kita baca malam ini. Tetapi kita baru ulas pangkal surah dan tak habis lagi katanya.

Inilah masalah yang melanda masyarakat kini, terlalu berani membawa berita berita palsu walaupun berita itu tidak jelas kesahihannya. Berhakim dengan manusia, mengikut undang undang ciptaan manusia, bersaksikan manusia memang banyak kelemahannya. Oleh itu mana mana manusia yang melakukan dosa maka hendaklah dia segera bertaubat kepada Allah. Lihat terjemahan Surah At-Tiin:

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

Terlalu banyak dosa yang telah kita buat di muka bumi ini. Jangan pula kita tambahi dosa itu dengan dengan sesuatu yang boleh menjahanamkan kita dan masyarakat kita di dunia dan diakhirat. Lihatlah ayat terakhir dalam surah At-Tiin. Penipuan penipuan apakah lagi yang hendak kita cipta demi mengikut kehendak nafsu serakah. Berapa banyak kerosakan yang kita lakukan di bumi Allah ini.

Turun dari surau aku terfikir adakah golongan yang rasa menyesal dan bersalah selepas keputusan liwat 1 dahulu diumumkan disebabkan ia berpendirian dan menyatakan kepada orang Anwar tidak pernah meliwat bercanggah dengan keputusan hakim.

Rabu, Januari 04, 2012

Windows Of The World

 Jika sampai ke Shenzen tidak sah sekiranya tidak disusuli dengan lawatan ke Window of the world (WOTW) atau Jendela Dunia. Taman replika mercu tanda sesebuah negara yang terkenal diwujudkan di sini. Oleh itu apabila kita mengunjungi Window of the world seolah olah kita berada di benua asia, amerika hingga ke  eropah. Kita tidak perlu turun kapalterbang naik kapalterbang lagi cukup hanya berkunjung ke sini.
Persekitaran luar WOTW sudah cukup menguja hati kami untuk meneroka ke dalam taman replika ini. Lihat sahaja 2 gambar di atas. Anakku Syazwan memahatkan sejarah dirinya dilensa kamera sebelum masuk WOTW. Sebenarnya aku pun tidak terfikir untuk merakamkan pengalaman di WOTW di blog ini. Oleh itu tiada sebarang catatan dibuat ketika lawatan. Mencatat adalah perkara baik yang perlu dipraktikkan. Samada kita mencatat ketika mendalami sesuatu ilmu, mencatat ketika mendengar ceramah, mencatat ketika menysuri suatu peristiwa. Pelajar yang bijak adalah pelajar yang banyak membuat catatan untuk dirinya.
Sindir uztaz Ismail Kamus" Hebatnya guru dahulu, guru bersyarah anak murid buka kitab dan mencatat. Hebatnya anak murid sekarang, guru baca kitab dan anak murid hanya mendengar.
 Apabila masuk ke kawasan WOTW kita akan melihat pentas pertunjukan. Sudah ada program yang akan ditunjukkan pada skrin tetapi aku "zenzen wakarimasen" (kata orang jepun) langsung tak faham.
 
 Di dalam WOTW kumpulan kami menaiki kereta traler mengelilingi kawasan tersebut. Nyonya yang memandu kenderaan tersebut sungguh cekap sehinggakan kami tidak sempat merakamkan gambar gambar setiap replika yang ada. Kami cuma diberhentikan di tempat tempat yang terkenal sahaja seperti gambar gambar yang dapat aku rakamkan dalam entry ini. Setiap hentian diberi sekadar 2 hingga 3 minit jer. Rupanya bukan di nak tayang yang dia cekap memandu tetapi nak kejar trip.
 
 Bagi sesiapa yang tidak puas, ia boleh mengulangi tempat tersebut sekali lagi dengan berjalan kaki. Sekiranya aku kuat berjalan sudah pasti nyonya dreber itu akan kempunan dengan duit aku. Tetapi disebabkan aku tidak kuat berjalan jauh dan masa untuk lawatan kamipun tidak sekadar 2 jam maka terpaksa berjalan dengan laju.
 Antara replika yang terdapat di WOTW ialah Piramid, Angkor Wat, London Bridge, Gunung Fuji, masjid dan gereja, Eiffel Tower, Taj Mahal, Air Terjun Niagara Menara condong Pisa, The Pyramid of Egyipt.
 
 
 
 Berada di Eiffel Tower seolah olah kita sedang berada di Perancis. Cuma replika ini agak rendah daripada tower yang sebenar. Gambar di bawah anak aku sedang bersedia untuk menaiki Eiffel Tower menggunakan tangga. Anda juga boleh menaiki menara ini menggunakan lif yang disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Nasib baik anak aku tidak perasan perkhidmatan lif tersebut. Biarkan ia menggunakan tenaganya mendapatkan pengalaman ini.
Antara gambar gambar yang dirakamkan oleh anak aku dari atas Eiffel Tower.





 
Gambar di atas adalah tempat main ski dalam WOTW ini. Oleh kerana masa tidak mencukupi anak aku sekadar main pelampung ski jer. Tidak perlu sewa lagi. Aku tidak membawa kelengkapan pakaian sejuk yang cukup untuk masuk. Setelah berada 15 minit didalam terasa telinga sudah kebas. Jenuh aku lipatkan telinga kepipi untuk menghangatkannya. Tangan pula menjadi masalah kerana aku tidak memakai sarung tangan. Setelah mengambil beberapa gambar sebagai kenangan didalamnya aku meninggalkan anak aku didalam untuk ia menyempurnakan hajatnya yang dipendam sejak beberapa minggu lagi sebelum bertolak.
Nampaknya negara China berjaya membina sebuah taman yang boleh menarik pelancong dari serata dunia termasuklah aku. Apapun mereka cukup berjaya memenuhi cita rasa pengunjung yang rata ratanya mahukan kelainan dari mana mana negara. Sekiranya anda mempunyai peluang untuk berkunjung cukup aku katakan bahawa anda tidak akan hampa jika pulang nanti. Walau bagaimanapun ada sesuatu yang tidak enaknya dan mencacatkan sedikit program perlancongan diChina maupun di Hong Kong. Tapi aku ada tip untuk mengelakkan dari terperangkap. Mungkin aku boleh cerita untuk entry akan datang.