Rabu, Januari 18, 2012

Nextage Pharmacy, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Desember 2011 lepas aku pergi hantar anakku Syazwan ke Kem Add-Maths anjuran Easy Maths Technics di UKM Bangi. Tahun ni dia akan menduduki SPM. Ini salah satu usaha aku dan isteri  memberi ia bekalan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Maklum balas daripada kakak dia dahulu yang menyertai kem ini mengatakan ianya sungguh baik. Kena berhati hati sebab banyak pihak bernama Easy Maths yang menganjurkan kem sebegini. Yang aku maksudkan baik adalah yang ini  Easy-Maths Technic

Apabila sampai ke Bandar Baru Bangi kami singgah ke kedai Farmasi Nextage milik anak saudara, Suliana. Farmasi ini terletak di Syeksyen 7 Bandar Baru Bangi iaitu bersebelahan Restoran Tulang Keting. Lebih kurang setengah jam berada di situ nampak pengunjung tidak henti henti mendapatkan bekalan ubat. Beliau berkata pelanggan akan bertambah apabila lepas waktu pejabat hingga ke waktu malam. Farmasi ini beroperasi hingga 10 malam.

Dibantu oleh dua orang pekerja beliau nampak yakin menguruskan perniagaannya. Berbekalkan pengalaman bekerja dengan farmasi milik bangsa india dan juga farmasi milik bangsa cina memberikan beliau semangat dan  daya saing yang tinggi dalam meningkatkan jualan. Jika anda tinggal di kawasan berhampiran anda boleh berkunjung ke Farmasi Nextage untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

2 ulasan:

  1. MEMANG PERLU DIPERBANYAKKAN LAGI FARMASI KEPUNYAAN ORG MELAYU ISLAM...
    DLM HAL INI KERAJAAN PERLU MEMBANTU DARI SEGI KEPAKARAN DAN PENGURUSAN TANPA MENGIRA SAMA ADA KRONI ATAUPUN TIDAK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN,

      Betul tuh...tingkatkan org melayu dlm bidang perubatan.
      Tiru org cina, tak kira kawan atau lawan politik, sama sama ditolong. Buang sikap dengki kepada org.

      Padam