Jumaat, Julai 16, 2010

Pelarasan Bukan Kenaikan

Kali ini lain sedikit bunyinya. Penyelarasan semula harga gula sebanyak 25 sen sekilo, penurunan subsidi sebanyak 5 sen seliter untuk RON95, penjimatan hingga RM750 juta perbelanjaan. Sungguh positif bunyinya. Tup tup harga minyak naik 5 sen dan gula naik 25 sen. Nasib baik berita ni diketahui pagi ni, jika tidak sukarlah untuk melelapkan mata malam tadi. Ada juga terbaca beberapa forum kelmarin desas desus mengatakan minyak akan naik, namun semua aku persetankan demi meyakini  berita ini.

Aku teringat syarahan seorang ustaz mengatakan dalam syahadah kita ada konsep penafian tuhan yang lain untuk mengesakan Allah. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Ertinya tiada tuhan disembah, tetapi ada Allah yang kita sembah. Jadi ustaz tu berkata jika ada yang mengatakan tiada minyak akan naik, maka adalah minyak akan naik. Janganlah kita marah marah sebab kita menjunjung duit rakyat didahulukan. Biarlah minyak naik jangan kita naik minyak.

2 ulasan:

  1. salam ziarah,

    moga segala kenaikan itu tak membebankan golongan yang kurang berkemampuan..

    BalasPadam
  2. salam penjejak maya

    sudah tentu menyusahkan kerana telah berapa kali kenaikan dah.

    terima kasih atas kunjungan.

    BalasPadam