Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah.
Lazimnya, apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan berpanjangan. Sememangnya telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniatmelakukan solat berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya,
''Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian-munfarid-atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).

Bila mana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita, akanmenstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya dan menyerah diri kepada Allah.
Justeru itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality. Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah (nauzubillahiminzalik).
Oleh itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita. Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi!
Abu Hanifah berkata Solat berjemaah membebaskan dua sifat yang buruk iaitu :
Barangsiapa berjamaah dalam solat subuh dan Isya maka baginya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari kemunafikan dan kebebasan dari kemusyrikan.

sumber:
" Be The Best Of Muslims "
Zuriat Haji Omar
" Be The Best Of Muslims "
Zuriat Haji Omar
Masjid An-Nur UTP
Lokasi memancing hari tu x jauh dr. masjid tinggi. Kg. Tnjung Serani.Program Unit Amal pula di laksanakan di Markaz Jalan Kubu Gajah. Isteri tuan orang sana ya...masjid tinggi x jauh dr kg saya lbh kurang 5 km sja...jika tuan ingin memancing boleh hubungi sdr Kudin...
BalasPadamSalam Sdr Tokan
BalasPadamRumah isteri saya tu tak jauh drpd markas masjid tinggi. Tepi parit pancor jer. Saya ni bukan pemancing tegar, cuma mengisi masa lapang.