Selasa, Julai 13, 2010

Masjid Tok jabar, Kg. Telok, Kg. Gajah. Perak


Masjid ini di beri nama sempena nama salah seorang pahlawan terkenal di kampung Gajah. Sejarah lanjutnya tidak ku perincikan kerana tiada maklumat. Aku biasa juga singgah ke sini dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. kebiasaannya jika aku ingin menghala ke arah selatan dari Seri Iskandar, aku akan melalui Kampung Gajah, Cenderong Balai, Chui Chak, dan masuk lebuhraya di Bidor.
Masjid ini telah mengalami proses ubahsuai demi memenuhi keperluan jemaah setempat. Namun terdapat di beberapa tempat kesan senibina melayu lama terutamanya di bahagian bumbongnya. Ciri ciri bertingkat pada bumbong juga melambang sesuatu yang hanya dapat diterjemah oleh pengkaji sejarah.
Masjid ini terletak tidak jauh dengan Sungai Perak. Terdapat lapangan litar lumba kereta dan motorsikal berhampirannya. Tepian masjid ini merupkan antara jalan menuju ke litar lumba tersebut.
 Terdapat beberapa buah bangku simen disumbangkan oleh sebuah syarikat untuk kegunaan para jemaah. Semoga Allah melimpahkan rezki yang lebih kepada syarikat tersebut.
Masjid ini mempunyai lebihan kawasan yang luas dan bersedia untuk proses pembesaran masjid pada suatu masa nanti. Biarlah ruang masjid menampung secara optimum jemaah yang ada. Kita tidak mahu saiz masjid sangat besar tetapi jemaah sangat kurang.
 Bangunan tandas juga dibina berhampiran bangunan masjid.
 Disebalik semak itu ialah Sungai Perak yang mengunjur hingga ke Teluk Intan.

6 ulasan:

  1. salam YB,

    Lama tak singgah kat laman ni.....cantik.
    Dan mesjid ni pun belum singgah lagi.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Salam ayahanda,

    Terima kasih masih ingat lagi. Masjid ni terletak di Kampung Gajah. Dipisahkan oleh Sungai Perak dgn Pasir Salak, kg mantan Menteri Besar dulu DS Ramli Ngah Talib.

    BalasPadam
  3. salam....rindu kat masjid ni..dah hampir 30 tahun x jejak.....dulu zaman budak2 solat terawih kat sini le....
    sebak sayu rasanye....
    maaf..mohon nk link kan ke facebook saya boleh ...

    BalasPadam
  4. Salam TN,

    Wah, lama tak balik kg ka? Air sg perak berhampirannya masih lagi ramah menjamah tebingnya yg setia. Cuba kita shj yg kini agak jauh drpd masjid kita. Solat terawih ketika kanak kanak memang nostalgia indah dlm hidup kita.

    Link ke fb, boleh saja...

    BalasPadam
  5. salam tuan empunya blog....masjid tok jabor...tempat teman solat tarawih zaman sekolah dulu2...

    BalasPadam
  6. Salam TN 11 Jun,

    Peristiwa yg dilakar ketika kanak kanak adalah kenangan manis ketika dewasa. Beruntunglah kepada sesiapa yg telah melakarkan peristiwa peristiwa yg deredhai oleh Allah untuk dikenang kenang ketika ini.

    BalasPadam