|
Sepanduk di laluan masuk TEMAN |
Hari raya lepas aku ada melihat sepanduk berkenaan TEMAN di Bagan Serai. Paparan daripada sepanduk yang dipamerkan telah menarik keinginan aku dan isteri untuk berkunjung melihat TEMAN tersebut. Jadi sabtu lepas kami telahpun sampai untuk mengetahui lebih dekat TEMAN kita.
|
Laluan masuk ke TEMAN |
TEMAN cawangan Ipoh seluas 20 hektar terletak di Kawasan Perindustrian Gopeng 2, KM 16, Jalan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Ia dimajukan oleh agensi kerajaan, FAMA. Kompleks bernilai RM116 juta ini dilengkapi berbagai kemudahan asas dari aspek keselamatan, pembangunan dan perbankan.Terdapat 297 lot kedai dengan keluasan sembilan meter persegi setiap satu kini mendapat tempahan dari lebih 336 peniag.
|
Tanda A adalah lokasi TEMAN |
Buat masa ini terdapat 2 sahaja TEMAN di Malaysia.
1) TEMAN Ipoh, Perak 2) TEMAN Kota Bharu, Kelantan
|
Pejabat Pengurusan |
TEMAN berperanan sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan. Operasi TEMAN adalah berteraskan kepada suatu sistem pemborongan dan pengedaran yang berintegrasi di mana transaksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat.
|
Lampu limpah menerangi operasi waktu malam seawal 2 am |
Melihat kepada kawasan TEMAN memang sungguh mengujakan tetapi keadaan masih lengang. Laluan pun sungguh luas. Tiada masalah kepada kenderaan kenderaan besar seperti lori untuk kerja punggah memunggah suatu hari nanti. Kami memilih untuk memasuki pasar ikan terlebih dahulu.
|
Pasar Ikan
|
|
Pandangan dalam pasar ikan
|
|
Stor ikan peniaga
|
Masih banyak ruang niaga yang masih belum dibuka. Berdasarkan tanda nama kedai hampir semua telah dimiliki. Setelah membeli beberapa jenis ikan kami menuju pula Pasar Utama. Pasar ini merupakan bangunan terbesar dikalangan bangunan pasar pasar yang lain. Di sini tempat jualan pelbagai jenis sayur dan lain lain.
|
Ruang belakang Pasar Utama |
|
Lorong dalam pasar utama |
|
Papan tanda kedai semuanya sama
|
|
Antara ruang niaga dalam pasar utama -masih belum dibuka |
|
Pasar ayam dan daging |
|
Pasar bunga dan ikan hiasan |
Terdapat juga beberapa kemudahan asas yang disediakan seperti surau dan kafeteria.
|
Kafeteria |
|
Baru ada seorang peniaga buka perniagaan |
|
Surau |
|
Ruang solat lelaki |
|
| |
Kiri dewan solat lelaki dan kanan untuk ruang solat perempuan
|
I am sad to see another white elephant in the making at the expense of the tax payers money. No wonder Malaysia's account is always in the deficit even during good times as the funds are used up in ideas that don't work, not to mention the possibility of corruption that could occurred in such a project.
BalasPadamSalam TP
BalasPadamI believe that you must be more sad if you visit TEMAN yourself.
is this in ipoh or kota bahru ya?
BalasPadamSalam TN,
PadamIpoh.
Anyway the name already changed to RTC( Rural Transformation Centre ). Very agree with TN above said that teman is another white elephant project.
TEMAN Kota Bharu jauh berbeza dgn TEMAN Gopeng walpun beberapa isu hampir sama. Datanglah jenguk kalau ada masa. Bleh kita sembang2
BalasPadamSalam Sdr AMD,
PadamTeman Gopeng dah berubah nama, sila rujuk link bawah ni:
http://peraktoday.com/wp/?p=41208
Saya sempat dlm 2 kali pergi sebelum bertukar ke RTC, amat menyedihkan. Harap Teman KB tak sedemikian.