Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Jumaat, September 12, 2014
Bocor, Bocor, Sampai Bila...
Tahun ini 2014 bocor lagi...UPSR. Barangkali calon PMR dan SPM akan mengalami nasib yang sama tidak lama lagi. Awal awal TPM mengatakan kementeriannya disabotaj. Aku naik meluat mendengar jawapan sebegitu. Bukan tahun ni sahaja belaku kebocoran...kalau begitu sudah banyak kali kementerian disabotaj. Mengapa tidak diperbaiki sistem pengurusan peperiksaan tersebut.
Sepatutnya jangan lemparkan andaian terlalu awal. Apa kata TPM jika ada andaian yang mengatakan kementerian sengaja bocorkan supaya peratus peperiksaan meningkat. Oleh itu imej menterinya akan juga meningkat. Aku berpendapat, takkan sampai buat macam tu.
Apa pun ketelusan, keikhlasan dan intigriti seseorang petugas yang perlu diamanahkan tugas penting seperti pengendalian peperiksaan ini perlu diambil berat. Tidak boleh pilih secara sembrono sahaja. Cuma keperibadian terpuji sahaja yang layak diamanahkan tugas sebegini.
Hendaknya kejadian bocor ini tidak akan kedengaran lagi di masa hadapan. Belajar dari kesilapan. Cuma pihak kementerian TPM/KP sahaja yang tahu dimana kelemahan tersebut. Jangan sampai kualiti peperiksaan kita dipertikaikan oleh negara lain. Sedangkan kita tiap tahun ingin menghantar pelajar pelajar kita ke negara mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan