Rabu, Februari 20, 2013

Masjid Nurul Ehsan, Kampung Medan

Aku kerap ke Kg Medan sebab ramai kaum keluarga tinggal di sini. Masjid ini sudah beberapa kali disinggahi. Pernah juga bersolat jumaat di sini. Perubahan hari demi hari masjid ini menunjukkan akan pertambahan jemaah yang datang ke masjid.
Gambar gambar ini aku ambil sekitar tahun 2011. Tidak mustahil  sehingga ditahun 2013 masjid ini telah dibesarkan lagi. Fenomena masjid di Selangor menerima kunjungan jemaah yang mendadak selepas tahun 2008 tidak dapat disangkal oleh ramai orang. Ramai yang berkata program program masjidnya bertambah dan agak tersusun jika dibandingkan dengan sebelum ini.
Baru baru ini aku berkunjung ke Bandar Baru Bangi dan singgah berjemaah maghrib di Masjid Bandar Baru Bangi. Aku lihat jemaah berpusu pusu datang seolah olah suasana solat jumaat ditempat aku kini. Selepas selesai solat aku lihat diluar masjid penuh dengan kenderaan. Aku terpaksa menunggu agak lama untuk beredar disebabkan keadaan jalan tersekat disebabkan banyaknya kenderaan. Kebiasaannya kesesakan jalan amat memeritkan tetapi kesesakan di masjid agak mengharukan diri ini. Betapa jika rumah Allah diutamakan dalam kehidupan maka terpancarlah syiar islam pada sesuatu tempat itu.

Oleh kerana teruja dengan kemakmuran masjid itu maka kami sekeluarga mengambil keputusan utk menginap di hotel yang berhampiran dengan masjid tersebut. Esoknya ada kulian suboh Ustaz Halim Din.
Dalam pada ramai pihak mendakwa masjid dipolitikkan oleh kerajaan Selangor, natijahnya masyarakat mendekati masjid. Masjid menjadi makmur. Program program masjid mendapat sambutan ramai. Syiar islam nampak terpancar menunjukkan islam disanjung oleh masyarakat setempat.
Cuma fahaman sekular sahaja yang ingin memisahkan agama dengan politik. Sedangkan islam sebaliknya di mana agama, politik, perniagaan dan pendidikan tidak boleh diasingkan. Semestinya bergerak seiring bagi membentuk kehidupan dan pembangunan yang seimbang.
Apalah maknanya perjuangan yang seolah menjaga kesucian masjid sehinggakan ungkapan yang berbaur politik tidak bolih diucapkan dimasjid. Masjid dikawal dan ceramah khusus untuk ustaz ustaz terpilih sahaja. Jumlah ceramah sekadar berkahak ditangga sahaja. Masjid menjadi suram. Jumlah tiang lebih ramai daripada jumlah jemaah. Tahi cicak bertaburan. Duit tabung banyak tetapi kedekut untuk menggaji pencuci membersihkan masjid. Nak harapkan semua tok siak buat. Zaman sekarang bukan zaman tok siak cuci tandas tetapi zaman di mana tok siak mampu menggantikan bilal untuk azan. Zaman bilal mampu menggantikan imam untuk solat berjemaah. Duit tabung berlambak tetapi aktiviti kosong. Kariah yang memerlukan bantuan tersisih. AJK masjid tidak boleh bersikap seperti zaman tahun 46 dahulu.



Semoga siapapun yang akan mentadbir Selangor selepas ini, masjid masjid mesti dimartabatkan kedudukannya. Jika kini kedudukannya agak terbela maka janganlah hendaknya selepas PRU13 ini akan terabai. Ya Allah maka kau menangkanlah manusia yang ikhlas hatinya untuk membela agamaMU dalam PRU 13 ini. Kau menangkan juga parti yang ikhlas perjuangannya untuk memperkembangkan agama Islam di bumi Malaysia ini. Dan kau gerakkanlah tangan aku untuk memangkah orang yang menperjuangkan agamaMU. Amiin

6 ulasan:

  1. Amin...Amin...Amin
    Salam Tuan,apa khabar,semoga diberkati dan dirahmati Allah.
    PRU 13 mungkin agak sukar jika penipuan dan ketidak adilan semakin menjadi-jadi...So utk mengekalkan keadaan yg sedia ada dimasjid-masjid diSelangor khasnya,hendaklah kita melakukan jihad fisabilillah dan senjata terakhir kita ialah doa pada Allah...yakinlah mereka merancang dan Allahpun merancang dan Allahlah sebaik-baik perancang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN,

      Benar bagai saudara kata. Siapa pernah sangka Perak tergadai ke pakatan pd pru12. Lihat bagaimana Allah memberi pengajaran kpd mereka. Namun sesungguhnya mereka adalah golongan yg mudah lupa dan masih tidak mengambil iktibar daripada peristiwa itu. Maka kita harap kali ini mereka tidak lagi diberi pengajaran tetapi diturunkan kifarat atas kelalaian mereka. Wallahuaklam

      Padam
    2. Salam. saudaraku.. ayat terakhir saudara dlm berdoa itu bunyinya seperti golongan MUTAKALLIMIN (celaru Qada' Qadar). Maafkan saya sekiranya terkasar bahasa pada blog tuan ini sedangkan saya tidak bermaksud begitu. Saya hanya ingin menegur kesilapan tuan. Maafkan saya. Saya mahu memerangi pendapat Mutakallimin kerana khuatir akan memesong akidah melalui persoalan "Qada dan Qadar" (aku baling atau allah yg baling?). Mudah mudahan kita bersama mendapat petunjuk yang benar dan lurus.

      Kita bertanggungjawab atas tangan kita dan perbuatan kita melainkan kita tidak sengaja / refleks tubuh. Banyak surah yang mengingatkan kita mengenai perbuatan kita malah tubuh badan kita sendiri yang menjadi saksi atas perbuatan kita kelak.

      Jadi..doa tuan meminta Allah gerakkan tgn tuan memangkah orang yang berjuang pd agama Allah, bunyinya sangat bertentangan dgn ayat/nas di dalam Al Quran. Tetapi yang sepatutnya adalah tuan meminta petunjuk drpd Allah utk memangkah yg mana satu. Solat sunat Istikharah bukan utk mencari jodoh sahaja tetapi kita memohon kpd Allah agar diberi jalan utk membuat pilihan terbaik ketika sukar membuat keputusan.

      Maafkan saya. sekadar "...berpesan-pesan kpd kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran" (Al A'sr ayat 3).

      Padam
    3. Salam TN,
      Benarlah orang yang teliti dan yg arif sahaja boleh mengesan setiap kesilapan bahasa. Apa pun maksud saya ialah seperti yg tuan nyatakan iaitu diberikan petunjuk yang benar dan akirnya tangan itulah yang akan melaksanakannya. Terima kasih atas perkongsian dan mengalu alukan sebarang teguran daripada tuan. Wallahuaklam.

      Padam
  2. Assalam..xnak komen tentang PRU bagai..cuma nak komen, masjid nurul ehsan ni kenangan masa kecil saya. sebab sekolah agama disebelahnya adalah sekolah agama saya sejak 20tahun yang lalu...makin besar masjid ni..alhamdulillah kerana masjid ini pelbagai kenangan masa kecil2 sy bersama rakan2 kena paksa solat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W,salam Bulan,

      Kenangan sek agama tidak kurang hebatnya dgn sek harian. Memang masa kanak kanak paksaan itu perlu....kalau dah tua tak boleh dah. Itulah sebenarnya melengkapkan kita menjadi manusia.

      Padam