Jumaat, Disember 21, 2012

Masjid Pulau Melaka (Masjid Tok Guru) Kelantan

  
 Aku ambil peluang menginap berhampiran Masjid Pulau Melaka dalam kunjungan ke Kelantan kali ini. Walaupun disebut Pulau Melaka sah orang tetap faham bahawa tempat tersebut bukan di Melaka, tetapi di Kelantan. Tersohor kerana di situlah tempat tinggalnya seorang manusia agung di zaman ini yang di panggil Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri BesarKelantan. Tidak perlulah aku mengulas panjang akan keistimewaan Menteri Besar ini berbanding Menteri Besar yang lain. Sekadar menyebut beliau layak digelar pemimpin tulin yang mampu untuk memimpin rakyat hidup selamat aman dan damai didunia dan akhirat.
 Aku duduk di Penginapan Permai yang jaraknya lebih kurang 250 meter daripada Masjid Tok Guru. Satu tempat penginapan yang cukup selesa dan sewa berpatutan dan boleh untuk di promote kepada orang lain.
 Alhamdulillah kunjungan aku tidak menghampakan di mana aku berjaya bersua Tok Guru di masjid ini. Sempat berimamkan  dan mendengar tazkirah beliau. Melihat beliau membuat kadang kala kita lupa yang beliau merupakan seorang Menteri Besar kepada sebuah negeri. Orang yang berkeupayaan tinggi memimpin di jalan dunia dan juga memimpin kejalan akhirat.

Bertuahlah sebuah parti mempunyai seorang pemimpin yang berkeliber yang mampu membawa imej baik kepada parti. Terbayang pulak di fikiran sekiranya semua menteri besar BN bersifat seperti Tok Guru aku gerenti sudah barang tentu PAS gigit jari PRU13 nanti. Kalau pula semua menteri UMNO bersifat separuh pun sifat Tok Guru aku jamin esok PAS terpaksa dibubarkan. Orang akan berbondong bondong ke pejabat UMNO mendaftar jadi ahli. Laungan azan mengjutkan aku daripada lamunan sejenak itu.

 Sebelah kanan gambar di atas tu adalah rumah Tok Guru. Agak agak ada tak menteri kita yang mahu duduk macam ni. Rasanya Adun pun belum tentu mahu. Di sinilah kekuatan peribadi orang berugama yang perlu kita cari untuk menjadi tauladan kepada sebuah kehidupan yang sementara. Itulah sebabnya sehingga kini aku beranggapan bahawa barang sesiapa yang mengatakan Tok Guru orang yang korupsi atau makan rasuah sesungguhnya dia adalah dari golongan orang gila.

 Sesuatu yang menarik perhatian aku selepas kuliah subuh aku melihat ramai bapa mendukung bayi masing masing untuk memohon Tok Guru memotong jambul anak mereka. Walupun aku lihat Tok Guru dalam keadaan kurang sihat tetapi beliau tidak menghampakan hajat para bapa itu. Satu persatu kepala bayi diusap dan dibacakan doa serta rambutnya digunting oleh Tok Guru. Sekiranya anda bakal menimang cahaya mata ambillah peluang bayi anda didoakan oleh para ulamak. Malangnya aku tidak merakamkan majlis tersebut.
 
 Gambar di atas adalah gambar di dalam masjid. Masjid yang sederhana besar tetapi mempunyai jemaah yang ramai. Jemaah datang daari kariah lain atau dari negeri lain seperti aku juga.
 
 
 
  Bersebelahan masjid terdapat Maahad Darul Anuar.
 Semoga Tok Guru dapat menyumbang tenaga untuk agama bangsa dan menubuhkan kerajaan Islam. Kerajaan yang mampu untuk membawa kemakmuran dalam kehidupan didunia dan di akhirat.


14 ulasan:

  1. Assalammualaikom wbt Tuan Hj YB. Apa kabar...ziarah sebentar di Blog tuan ini. Maklum la, ana tek pernah sampai lagi disini. Syukran berkongsi cerita dan pegalaman. Mula ingatkan Melaka, rupanya di Kelantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam MI,

      Saya dah lama berusaha dan baru ada kesempatan berkunjung. Bak org sekarang kata,"terbaik".

      Padam
  2. Salam Tuan YB
    No Komen
    TERBAIK UNTUK YG TERBAIK
    Terima Kasih utk entry ini.

    BalasPadam
  3. Kalaulah semua Menteri Besar di Malaysia macam ni , sudah tentulah kita semau akan bernaung di bawah sebauah kerajaan yang makmur dan mendapat keredhaan daripada ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      Usaha hari ini akan menjanjikan kejayaan masa depan, Insyaallah.

      Padam
  4. Kariah kakak pernah berhajat buat rombongan ke tempat ini tapi tidak kesampaian sebab masa itu banjir. Sedih sebab niat nak jumpa TGNA tak dapat. Tapi dua ke tiga bulan lepas beliau ada ke JB tau YB kakak dapat tengok dari jauh aje - dengar ceramahnya. Abang beruntung sebab dapat bertemu sebab lelaki kan..

    Moga Islam terus syumul dan dijadikan ini sebagai iktibar para pemimpin negara kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kakzakie

      memang puas hati kalau hajat yg diidam lama kesampaian.

      Padam
  5. Assalamualaikum.. saya sarankan, sapa2 yg nk berkunjung ke rumah Ayah zik, elok lah berkunjung bulan Ramadhan, subhanallah..nikmat iftar, terawih, pagi aidilfitri, cukup mengamit memori..can contact me for sure. my mom will assist. Insyaallah.... 0148461642

    BalasPadam
  6. Salam Nik,

    Insyaallah, moga Allah memberi rezki utk berkunjung pula bulan Ramadhan. Cadangan yg baik ni.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Salam TA,

      Alhamdulillah, apapun mari kita berdoa utk kesihatan tuan guru sebab kini beliau berada di hospital sudah 2 hari. Terlihat di berita kaki tv.

      Padam
  8. alfatihah buat tok guru...semoga dicucuri rahmat

    BalasPadam
  9. http://www.wasap.my/+60192713781/ADH2019
    Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI


    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan.

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?


    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ...

    BalasPadam