Khamis, Oktober 11, 2012

Allayarhamah Siti Rohana Binti Abdullah

Lebih kurang pukul 10 pagi semalam aku mendapat sms dari pada teman karib yang masih bertugas bersama aku dahulu Atan memaklumkan Ana kini sedang nazak di Hospital Serdang. Beliau jugak mengajak untuk mendoakan yang terbaik untuk Ana. Ana pembantu kepada Atan. Selang setengah jam Atan menghubungi pula aku untuk memastikan aku telah menerima smsnya. Sekali lagi beliau mengjajak untuk mendoakan yang terbaik untuk Ana. Aku tidak menghubungi suaminya Tajul kerana sudah tentu beliau resah gelisah.

Lebih kurang pukul 2 PM Atan sekali lagi menghubungi aku. Kali ini suaranya agak sebak. Dengan ringkas beliau mengatakan "Ana dah tiada". Innalillahi wainna ilaihirojiun. Pada 10 oktober 2012 Ana telah mendahului kita kembali kerahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman. Kepada suami Ana iaitu teman ku Tajul dan 7 orang anak, aku harap semoga kelian tabah dan sebar menghadapi ujian daripada Allah ini.

4 ulasan:

  1. Innalillahiwainnailaihiroji'uun..
    Takziah buat seluruh keluarga dan teman-teman. Moga rohnya tenang disana.

    Khususon ila ruhi al-marhumah Siti Rohana binti Abdullah al-fatihah...

    BalasPadam
  2. Salam Tuan YB,

    Adat manusia datang dan pergi... Setiap yg diberi pinjam akan diambil kembali...
    Harap keluarga mereka bersabar dan redha.Mereka sedang diuji oleh Allah...tanda kasih sayangNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      Telah banyak kematian yg kita saksikan, telah ramai sahabat handai dan saudara mara terdekat kita menempuh kematian, namun kita masih kurang peduli akan kematian yang akan datang tanpa isyarat dan amaran.

      Padam