Dalam kunjungan ke Pekan Pahang beberapa bulan lepas aku juga sempat singgah di masjid ini. Masjid yang digelar Masjid 10 Kubah ini terletak bersebelahan Makam DiRaja dan berhadapan dengan Sungai Pahang. Kubah yang berwarna kuning keemasan menambahkan keceriaan masjid ini.
Oleh kerana aku berada di Pekan selama sehari atas urusan menghantar rombongan perkahwinan sepupuku, maka kami menginap di Pekan. Aku juga sempat berkunjung ke masjid ini di waktu subuh.
Seperti sesetengah masjid yang aktif, masjid ini juga menganjurkan majlis kuliah suboh sempena hari cuti hujung minggu. Masjid perlu diprogram agar menjadi satu institusi yang boleh membentuk masyarakat menjadi masyarakat yang beriman kepada Allah. Oleh itu ahli yang di amanahkan untuk memegang jawatan di masjid mesti mempunyai roh masjid yang mana sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengimarahkan masjid agar orang ramai dapat ditarik kemasjid untuk khususnya solat berjemaah.
Walaupun para jemaah yang hadir agak sedikit berbanding masjid yang besar namun sudah cukup dibanggakan kerana memang sukar untuk menarik jemaah terutamanya untuk berjemaah di waktu suboh seterusnya duduk mendengar kuliah tatkala mata masih lagi kelat untuk dibuka.
Bersebelah pagar masjid ini terdapat makam diraja dan juga perkuburan ahli kariah masjid ini. Berdasarkan jumlah kubur yang ada dapat disimpulkan bahawa kawasan ini telah lama digunakan sebagai tanah perkuburan.
Gambar di bawah makam di raja dan aku pasti ia adalah makam sultan. Aku sekadar berdiri di pintu tersebut dan menhadiahkan bacaan Fatihah kepada arwah sultan sultan yang mangkat. Terdapat beberapa kubur di dalam bangunan ini.
Di luar bangunan ini bersebelahan pintu masuk terdapat beberapa kubur kerabat di raja. Aku dapat melihat seseorang duduk di sisi kubur sambil membaca ayat suci Al-Quran. Jika diperhatikah terdapat Al-Quran di sisi beberapa kubur untuk sesiapa ingin membacakan ayat xuci untuk ahli kubur.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang masjid ini boleh membacanya daripada keratan akhbar di bawah. Banyak fakta penting boleh diperolehi.
Satu lagi perkara yang aku kagumi tentang pentadbiran masjid ini ialah sikap terbuka mereka dalam menerima kenyataan pengurusan masjid dan fahaman politik. Terdapat beberapa petikan tulisan Tuan Guru Nik Aziz yang ditampal di papan kenyataan untuk tatapan ahli kariah. Sesetaengah masjid perkara ini agak sensitif bagi fahaman mereka. Ternama sahaja sebagai ahli pembangkang pasti ditolak mentah mentah tanpa menilai apa yang diucapkan.
Akhirnya marilah kita berduyun duyun kemasjid seperti bagaimana berduyun duyun orang pergi Jom Heboh. Ahli Jawatankuasa Masjid menganjurkan Jom Jemaah buat semua kita. Jika tidak kita mengisi jawatan kosong ini siapalagi? Jawan kosong ini juga pernah ditawarkan
di sini dan saya percaya di mana mana pun ada tetapi mungkin tidak di iklankan tetapi sekadar memanggil 5 kali sehari melalui laungan azan. Marilah mengerjakan solat.