Khamis, Mei 03, 2012

Suratkhabar Lucah

Semalam aku melihat akbar utusan lebih hina daripada tisu yang disalat dengan tahi. Aku sanggup jinjing tisu itu daripada menjinjing utusan malaysia. Hakikatnya apapun memang mustahil aku menjinjing akhbar ini apatah lagi membacanya. Semenjak utusan dihinggapi penyakit meroyan pada tahun 1998 hingga ke hari ini aku belum pernah membazirkan barang satu sen pun duit aku untuk mendapatkan utusan. Waima nak buat pelapik pun aku tak rela. Bayangkan kalau ada mayat kemalangan jalan raya di tutup dengan kertas surat khabar seperti di atas. Malanglah mayat tersebut.

Mari kita fikir tentang berita yang disiarkan dalam gambar di atas. Apakah ini berita benar? Apakah matlamat berita tersebut? Tiap tiap hari berita khalwat dan zina disajikan dalam akhbar. Memang berita tersebut sahih dan dibicarakan dimahkamah. Adakah pernah pihak utusan memasukkan gambar adegan khalwat dan zina tersebut. Jika tidak pernah apa logiknya gambar diatas dimuatkan dalam akhbar, lebih lebih lagi di muka hadapan pula. Sahih atau palsu belum pasti lagi. Adakah kita senang hati meletakkan akhbar sedemikian di atas meja di anjung rumah. Melihat sahaja anak anak membelek dan merenung gambar tersebut. Patutlah pelbagai gelaran diberi kepada utusan seperti utusan meroyan, utuseks malaysia dan lain lagi.

Selepas menamatkan zaman persekolahan aku menoreh getah. Balik menoreh aku pergi kedai Ali Mamak untuk mendapatkan utusan yang aku langgan tiap hari. Walaupun dalam keadaan penat dan lapar aku tetap baca akhbar dahulu. Penat lelah akan hilang tatkala membelek satu persatu berita yang di sajikan. Aku tidak pernah melihat berita yang dipaparkan tanpa mengenepikan etika berita. Walaupun taksub dengan parti tetapi tidak menghalang aku untuk membaca akhbar dari parti sebelah lain.

Malanglah nasib akhbar melayu utusan. Daripada akhbar yang hebat satu masa dahulu, kini menjadi akhbar picisan yang membawa berita berita propaganda, agenda peribadi dan penyelamat politik sesebuah parti dengan mengenepikan nilai berita dan etika akhbar penyebar ilmu. Jangan jadikan akhbar sebagai alat untuk mengugut

4 ulasan:

  1. salam yb,
    ditahun 70 han,kami hanya membaca surat khabar jawi,skrg tak tau la ada lagi ke tidak...bukti umno/bn meminggirkan tulisan jawi!
    skrg utusan malaysia pulak dah jadi suara umno/bn,dgn berita bohong,lucah,fitnah dan adu domba yg menjijikkan...tiada langsung roh islam... seolah-olah ketua pengarangnya bukan org islam! tidak hairanlah generasi melayu/islam skrg semakin hilang maruah dan harga diri...bukti umno yg menjatuhkan martabat bangsa melayu/islam,jadi sebelum terlambat JOM KITA UBAH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      Betul apa yg dilontarkan itu. Mesti ubah sebelum hancurnya warisan bangsa. Lebih bahaya lagi hancurnya generasi warisan kita, anak cucu.

      Padam
  2. Betul tu tuan. Sy x sanggup ada surat khabar tu di rumah. Yelah org lain yg bwk kan. Takkan nk bermasam muka dak? Lps diaorg blk, ke tong sampah la jawabnya hehe

    BalasPadam
  3. salam sdr azhar

    sejak 1998 saya tidak pernah menghabiskan duit saya membeli akhbar tersebut.

    BalasPadam