Jumaat, Jun 15, 2012

Jawatan Kosong

Bila sebut jawatan kosong pasti orang akan tertarik sebab kebiasaannya jawatan ada kaitannya dengan duit. Jika jawatan itu lebih baik sudah tentu gajinyapun lebih baik. Tidak hairan sekiranya sepanduk ini dapat menarik perhatian semua orang untuk membacanya.

Iklan jawatan kosong ini aku jumpa di sebuah masjid yang pernah aku muatkan di sini sebelum ini. Tawaran yang akan diterima sungguh lumayan sedangkan tugasnya tidak teruk.

Aku memang puji kretiviti orang yang mencipta iklan ini. Namun sesuatu yang baik jika tidak diletak pada tempatnya yang betul tidak akan memberi impak yang maksimum. Sepatutnya sepanduk ini diletakkan di tempat tempat orang ramai seperti perhentian bas, kawasan pasar atau pasaraya.  Di masjid kita tidak perlu iklan sangat dah sebab mereka ini memang solatnya di masjid dan berjemaah.

Marilah kita sama sama merebut jawatan ini sebab lagi ramai dapat lagi baik. Bilangan calon yang akan diambil pula tanpa had. Jawatan ada di merata tempat. Tidak perlu pindah tempat tinggal jika permohonan berjaya.

2 ulasan:

  1. salam tuan yb,
    dikampung teman jawatan kuasa masjid utk org umno je...
    kalau jawatan makmum boleh mohon kut...
    tapi kena temuduga pulak ye...he..he..he
    dah le teman dgn nazir tak berape nak mesra...
    pasal tak sama bendera...
    tu la masaalahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN

      Tidak salah org umno, dema nak pulun semua jawatanpun tak apa. Syaratnya jgn pegang jawatan sahaja, kerja mesti buat. Pastikan rumah Allah makmur, kuliah agama yang cukup. Program masyarakat utk kariah.

      Kalau kita pegang kuasa dalam masjid tapi menghalang drpd nama Allah disebut(kuliah) maka pasti pembalasan akan tiba. Ilmu Allah luas, seminggu satu kuliah tidak memadai utk mempelajarinya.

      Padam