Hulu Bernam dalam Selangor bersempadan dengan Tanjung Malim dalam negeri Perak. Dipisahkan oleh Sungai Bernam. Masjid ini baharu melalui proses penambahbaikan di mana kini kita boleh melihat akan keceriaannya terserlah apabila berada di luar atau di dalam masjid itu sendiri.
Setiap kali singgah di sini memang dapat melihat jumlah jemaahnya agak ramai. Ditambah dengan persinggahan para musafir bagi memenuhi tuntutan Ilahi.
Kita sering kecewa dengan kebersihan tandas tandas masjid. Namun keadaan
tersebut amat berbeza dengan masjid ini. Kebersihan terjaga rapi.
Mungkin atas sebab ianya baru, namun walaupun baru jika tidak diberi
perhatian terhadap faktor pengurusan kebersihannya tetap akan kotor.
Gambar di bawah adalah satu objek yang agak tidak selesa untuk pandangan
mata namun banyak memberi iktibar sekiranya ianya diambil sebagai
penghayatan terhadap kematian.
Kereta mayat seperti ini sebaiknya diletakkan di bahagian paling hadapan
kawasan masjid agar mudah dilihat dan boleh dijadikan sebagai
peringatan atas kematian bagi para jemaah yang menghadiri masjid.