Isnin, Oktober 24, 2011

Masjid An-Nur, Ulu Kinta, Perak

Jika anda menggunakan jalan antara Ipoh - Tanjong Rambutan pasti anda akan bertemu masjid yang tersergam indah ini.
Jika dilihat daripada luaran sahaja sudah menguja diri kita akan kemantapan struktur bangunannya dan warna yang digunakan. Tetapi paling penting adalah kemantapan iman dalam diri kita dalam menegakkan syiar islam melalui rumah rumah Allah yang terdapat di muka bumi ini.
Beriktikaf di masjid semata mata untuk mencari keredhaan Allah. Memikirkan dan menilai keimanan terhadap Allah. Begitulah kebesaran masjid untuk hamba hamba yang tahu memanfaatkannya.
Bila disebut Tanjung Rambutan langsung orang akan terfikir orang gila. Pekan kembar kepadanya adalah Tampoi yang juga terdapat Hospital Bahagia. Mengapa kita kata bahagia sedangkan mereka dipandang hina di muka bumi ini. Barangkali mereka bahagia nanti di hari akhirat. Seringkali kita memperleceh orang gila dan kurang siuman didunia ini sedangkan di sisi Allah mereka akan ditempatkan disyurga. Pandanglah mereka sebagaimana Allah melihat mereka. Jika mereka telah dijanjikan syurga bahawa mereka sungguh istimewa berbanding kita.

Walaupun hospital bahagia ini adalah tempat orang gila tetapi masih ada jenis gila yang tidak boleh dimasukkan di sini. Tempat yang sesuai untuk mereka ialah dipenjara seperti gila kuasa dan gila seks.
Masjid ini mementingkan juga keceriaan persekitaran masjid. Selain kebersihan yang baik, taman mini berserta pondok di buat untuk kemudahan para jemaah yang singgah untuk berehat.

Terdapat juga menara pemancar komunikasi di sini. Pastinya ia syarikat yang empunya menyewa kawasan tersebut daripada pihak masjid. Ini dapat menampung kos operasi masjik ini.
Kawasan parkir yang luas memberi keselesaan kepada para jemaah terutamanya hari jumaat dan hari hari kebesaran islam. Berkunjunglah ke sini sekiranya menggunakan laluan tersebut.

4 ulasan:

  1. Salam,selalu singgah di sini untuk solat,almaklum le ..ni le kampong halaman ku.
    Kalau ada masa tuan boleh berkunjung ke hospital bahagia di pekan tg rambutan,tengok le sendiri gelagat penghuni disana...

    BalasPadam
  2. salam cikgu SAK,

    tempatnya memang jauh dari melaka.

    BalasPadam
  3. salam ju,

    Beruntung siapa yg tinggal dekat masjid.
    Saya pernah beberapa kali masuk ke hospital tu lebih 30 tahun lepas. Makcik kerja kat situ tapi dah pencen. Suaminya pun kerja kat situ jugak. Macam macam perasaan ada, geli hati, takut, kesihan dan sedih. Tak pasti bagaimana keadaan sekarang di dalamnya.

    BalasPadam