Jumaat, Februari 25, 2011

Masjid Tengku Muhd Faiz Petra, Gua Musang

 
 Semasa perjalanan menghala ke Kuala Terengganu aku singgah di sini. Selesai menyempurnakan tanggung jawab dan melonggarkan urat urat yang mula ketat aku meninjau ninjau sekitar masjid. Ini entah kali ke berapa aku singgah di sini. Jika perjalanan dari Simpang Pulai ini lah masjid yang ada dan sesuai untuk musafir.
 Memang gah sungguh masjid ini. Bukan sebab warnanya sama bendera PKR tetapi sudahlah binaannya yang menarik, terletak pula di atas bukit. Boleh dilihat dari dari sayup jauh di sana.
Pandangan tepi masjid
 
 Di ruang belakang terdapat lapangan terbuka untuk hiasan. Nun jauh di sana tu (gambar atas) adalah laluan masuk dari arah belakang masjid.

 Ruangan solat yang luas sungguh dan sungguh selesa. Dari luar hingga ke dalam semua warna biru. Kalau di Terengganu ada Masjid Putih ini pula boleh di panggil Masjid Biru.
Tempat wuduk

Tandas
 Di sini anda di beri peluang untuk membeli saham akhirat. Ada kadar bayaran diletakkan. Nak bayar lebih pun boleh. Tak bayar pun boleh sebab tidak dijaga sepanjang masa. Kalau tandas awam boleh dibayar mengapa tandas masjid tak mau bayar?
Sudah uzur
 Nampak sangant uzurnya tandas ini. Tak sepadan dengan keindahan masjidnya. Kalau ada individu yang tak mau bayar, mungkin disebabkan tak puas hati dengan keadaan tandas tersebut. Secara peribadi aku masih boleh terima keadaan ini sebab tiada sengat di hidung oleh bau yang tak selesa. Tak sampai menahan nafas untuk menyelesaikan hajat. Pihak masjid mungkin boleh tengok keperluan tandas ini. Kalau ada warga asing singgah, malu kita sebagai orang islam yang mementingkan kebersihan dan keindahan. Memang secara kebetulan aku nampak ada sepasang warga asing menaiki motorsikal ketika aku keluar.
Tempat letak kereta
Terdapat juga pangkin untuk beristirehat bersama keluarga sambil menjamu selera bekal yang dibawa.
 

 Ada binaan baru sedang dibina. Tidak pasti untuk apa. Moga ada masa ada usia, ada rezki dan masih boleh berdiri, insyaalah aku akan kembali dan melihat sendiri apakah gerangan yang akan jadi.

2 ulasan:

  1. 'Memang gah sungguh masjid ini. Bukan sebab warnanya sama bendera PKR tetapi sudahlah binaannya yang menarik, terletak pula di atas bukit. Boleh dilihat dari dari sayup jauh di sana'.

    masjid pun nak dipolitikkan. tak baik la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TN,

      mengapa terlalu sensitif dgn masjid dan politi?

      Bagaimana utk mengislamkan politik jika masjid dipisahkan dgn politik. Kan negara Malaysia negara islam dan sepatutnyalah politiknya pun perlu berasaskan islam. Semoga pemikiran kita lebih terbuka utk berbicara soal politik dan masjid. Jika tidak masakan kita mampu utk berhadapan cabaran politik masa hadapan.
      Sebenarnya saya tidak fikir ayat yg disunting bermotifkan politik sekadar hiasan atau halwa tulisan shj. Terima kasih kerana berkunjung.
      Wallahuaklam.

      Padam