Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Selasa, November 23, 2010
Masjid Padang Gajah, Trong. Perak
Aku pernah singgah di sini. Bukan sekali tetapi dah banyak kali jugak. Tentu kawan kawan akan kata, "tentulah sebab kau balik rumah mertua lalu di situ". Memanglah betul tetapi masjid ni seolah olah ada aura untuk menarik kita singgah di sini. Nak kata cantik, tak cantik mana, nak kata bersih memang bersih jugak. Lihatlah gambar kat bawah ni, binaannya menarik di samping persekitaran yang luas untuk jemaah.
Halaman masjid yang luas dihiasi dengan taman yang sederhana kelengkapannya sudah cukup untuk menyerikan persekitarannya. Ada pondok juga untuk sesiapa berehat sambil menjamu selera. Walaupun nampak lama tapi ajk masjid masih mempunyai anisiatif untuk memelihara kebersihannya.
Gambar di bawah melihatkan ruang tambahan yang baru bagi menampung jumlah jemaah yang meningkat dari masa ke semasa.
Dalam kawasan masjid ini juga terdapat madrasah untuk keperluan anak anak tempatan mendalami ilmu agama.
Sekiranya anda melalui laluan Beruas ke Trong, anda akan berjumpa masjid ini. Sila silakanlah singgah sekurang kurangnya bagi mendirikan solat sunat tahiyyatul masjid.
Salam YB,
BalasPadamMemang cantik. Kakak tumpang bangga dgn ajk yg menjaga-urus masjid ini.
Nak singgah jauh sangat. Tunggu suatu masa mana tahu kakak ke Perak. He..he...
salam kakakzakie
BalasPadamInsyaallah kalau ada azam boleh sampai, mana tahu kot bermenantukan org Pdg Gajah suatu masa nanti.
Wallahuaklam