Minggu lepas bising pasal bahasa, bahasa bangsa ku bahasa melayu. Berkokok gempita alam kununnya nak memperkasakan bahasa melayu. Maka berangkatlah seorang pembesar negara menyempurnakan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan diIpoh.
Pelbagai saranan, cadangan, arahan dan tidak kurang amaran dicanangkan demi memperkasakan bahasa melayu. Waduh, keyakinan dan jaminan di tonjolkan demi menunjukkan sokongan terhadap bahasa kebangsaan kita.
Walaupun fikiran aku melihat sinis terhadap program ini namun ku pujuk agar bersangka baik sentiasa. Isu ini bukan isu baru. Tidak sesuai menggunakan istilah tahun untuk menghitung waktunya, malah sejak berabad perdebatannya. Dalam waktu telinga ku masih terngiang ngiang lagi berita dari media melaporkan kehangatan kempen memperkasakan bahasa melayu, alih alih di hujung minggu perdana menteri berucap dengan fasihnya menggunakan bahasa inggeris dalam perhimpunan sebuah parti.
Mana hati tak hangat, mana hati nak yakin, jangan marah kalau orang mempersenda bahasa kita kalau kita sendiri tidak menunjukkan minat terhadap bahasa itu. Jangan harap pada Perkasa kerana ia hanya minat pada politik jer. kalau aku pun keliru dan celaru, bagaimana anak anak aku, kawan anak anak aku, anak kawan kawan aku. Kalau sungguh sungguh inginkan bahasa melayu diagongkan tidak sesusah mana. Yang lebih sukar boleh negara kita laksanakan.
Kalau aku Perdana Menteri, aku akan pastikan semua jemaah menteri aku fasih berbahasa melayu. Sesiapa tidak fasih tidak layak untuk berucap di Perlimen dan Dewan DUN. Maknanya siapa nak jadi ahli politik kena mahir bertutur bahasa melayu. Sekarang ni apa yang kita lihat amat menyedihkan, macam baru nak belajar cakap melayu. Satu syarat yang mudah untuk dilaksanakan.
Apa yang berlaku sekarang terbalik dengan apa yang mereka war warkan. Sesiapa yang tidak mahir berbahasa melayu tidak ada masalah, malah sesiapa yang tidak mahir berbahasa inggeris payah sedikit. Ada duta asing di Malaysia kata, sejak ia berada di Malaysia bahasa inggerisnya jauh bertambah baik berbanding bahasa melayu. Apakah kita sekadar menggariskan dasar sahaja tetapi tiada perlaksanaan.
Sinario sekarang menampakkan bahasa dimanupilasi untuk menaikkan politik, bukannya politik itu digunakan untuk memartabatkan bahasa. Jika berkata soal bahasa sudah melambangkan patriotik sedangkan wal asal balik asal. Kertas kerja yang dibentangkan mau pun dibahaskan rasanya terlalu banyak untuk dihitung. Kalau dihimpunkan sejak dahulu dan dicampakkan kelaut sudah boleh menjadi pulau. Maka manalah fikiran ku tidak sinis lagi.

Salam YB,
BalasPadamKakak amat bersetuju dgn apa yang dipaparkan. Sekarang ni especially mereka yang memburu kerja, kalau tidak berupaya berbahasa Inggeris mereka confirm tak dapat kerja (di tempat kakak kerja sekarang contohnya).
Suruh yang dibawah menggunakan bahasa Melayu tetapi yang di atas nun.... terlupa apa yang dia suruh. "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" kata org dolu-dolu. (Eh... pencemaran bahasa ni....)
Salam kakzakie,
BalasPadamKununnya 1 Negara, 1 Bangsa, 1 Bahasa. Betullah tu, cakap tak serupa bikin....
Sangat setuju dengan yb.. kita selalu terleka dan tidak perihatin sehingga namapun sering menggunakan bahasa inggeris kononnya lebih global (internasional). Saya pernah lihat di sebuah sekolah menengah kebangsaan baru2 ini tertulis "makmal computer" bagi melabelkan makmal komputernya.Begitu juga slogan2 yg menyakitkan hati spt "Dare to change" dsbnya. Pda saya perjuangan memertabatkan bangsa dan bahasa tidak ke mana....lebih kepada cakap politik sahaja.
BalasPadamSalam Sdr Tokan,
BalasPadamBahasa melambangkan bangsa. Malangnya kita bila lunturnya kecintaan terhadap bahasa sendiri.