Teropong hidup mengajak untuk bersama sama menilai perjalanan kehidupan sebelum menuju alam abadi. Berpesan pesan dgn satu tujuan iaitu untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat nanti. Berpesan pesan atas kebaikan dan ingat mengingati atas kemungkaran.
Sabtu, Mei 29, 2010
Masjid Mahmuddiah Kampung Temelok Terong, Perak
Masjid ini betul betul terletak di gigi jalan raya. Mudah untuk dilihat dan mudah untuk singgah, Selain tempat untuk menunaikan tuntutan Allah terhadap kita, kemudahan tersedia untuk menguruskan diri dalam musafir.
Kini banyak terdapat masjid muazzinnya telah selesai melaungkan azan tetapi jemaah masih belum ada yang hadir di masjid. Sebaliknya kita boleh berada di pintu pasaraya menunggu pintunya dibuka. Sedangkan kita dituntut untuk mengegerakan solat.
Mendirikan solat dimasjid banyak kelebihannya. Kita boleh melatih diri solat di awal waktu. Selain itu ganjarannya pun lebih lantaran solat berjemaah.
Allah SWT menyebutkan bahwa masjid hanya layak untuk manusia-manusia yang bertakwa, ”Masjid yang layak kalian tempati adalah yang dibangun atas landasan takwa sejak pertama kali. Di dalamnya, orang-orang suka membersihkan diri dari dosa. Allah mencintai orang-orang yang membersihkan diri mereka” (QS Attaubah [9]: 108).Ruang legar masjid bersih berkilat macam cermin. Bagusnya ajk masjid menjalankan tugas terutamanya tok siak masjid. Kalau kita sebagai imam jangan sangka kita lebih mulia daripada tok siak.Allah tidak melihat jawatan seseorang di dalam masjid tetapi melihat keikhlasannya terhadap Allah.
Tempat berwuduk dan tandas terpelihara kebersihannya. Aku akan singgah lagi, insyaallah sekiranya kebetulan waktu solat sampai ketika aku lalu di sini.
Salam YB,
BalasPadamSaya ada ikatan kekeluargaan dengan orang Trong.Tapi dah hilang punca nak cari,kerana yang tua2 dah tiada.Di srengenge tak ada,di Trong pun tiada.Akhir di srengenge ialah ibu ku,dia meninggal tahun 1965.Masa tu saya tak ambil kisah.Pernah sekali pergi selepas Jepun surrender.Masih kecil,ingat sikit2.Itulah pentingnya ikatan saliturahim.Sayang 1000 kali sayang.
Wassalam.
Salam ayahanda,
BalasPadamSampai satu ketika kita akan terkenang kaum kerabat kita. Kena buat jejak kasih ni ayahanda.
Rasanya pernah sampai Terong ini... tapi mungkin tak singgah di masjid Kg Temelok ini.
BalasPadamMasjid kita rasanya tak semeriah mana terutama waktu asar & zuhur; kecuali bulan puasa apatah lagi kalau ada bubur asyura percuma. baru nampak meriahnya.
dlu penah blajar kt terong..tiap2 ari jumaat sye pegi sambahyang kt masjid ni..rindu la pulak..
BalasPadamSalam TN
Padamjgn biarkan kenangan sepi dihujung rindu, silalah berkunjung kembali.