Sabtu lepas aku sekeluarga kembali lagi ke kampungku. Di kesempatan pulang menziarahi ibu dan kakakku, aku tidak melepaskan peluang untuk meneroka khazanah sungai yang sekian lama tidak pupus pupus yang menjadi lambang kepada sifat pemurah Allah terhadap hambanya. Seharus penduduk yang rata ratanya islam mengharapkan juga sifat kasih Allah terhadap hambanya. Sekiranya tiada kasih Allah akan hambanya, samalah umpamanya dengan orang orang bukan islam kerana mereka juga menerima sesuatu daripada sifat pemurah Allah sebagai rezki mereka di muka bumi ini.
Oleh kerana cuaca pun agak baik dan mentari awal melimpahkan panasnya, maka bolehlah lebih awal aku menyusuri sungai untuk memburu penghuninya. Berbekalkan jala dan teropong (gambar dalam entry 1) rezki hari ini agak tidak mengecewakan. Cukup untuk menghilangkan rasa rindu akan kesedapan ikan ikan Sungai Bil. Aku berjaya menangkap 5 jenis ikan hari ini. Ikan Tengas, Ikan Lelan, Ikan Selimang (Siammese algae eater), Ikan Lemasai dan Ikan Seluang. Semua nama ikan ini berdasarkan nama yang diucapkan di kampung aku.
Ikan di atas ini semua orang kenal, Ikan Tengas. Boleh digelar sebagai raja ikan di sungai ini. Ikan ini boleh mencapai 1Kg beratnya dan satu kaki panjangnya. Bagi saiz yang sebesar itu hanya boleh didapati di lubok lubok yang dalam atau di bawah batu yang besar. Ikan ini menjadi idaman setiap kaki pancing.
Ikan di atas ini amat jarang di dapati di sungai sungai lain. Orang Kampung Sungai Bil memanggil ianya Ikan Lelan. Setengah orang memanggilnya Ikan Rong. Ikan ini akan muncul pada musim musim tertentu. Pada setengah masa ia akan menyorok hingga sukar dilihat kelibatnya. Kebiasaan ikan ini duduk di celah celah batu. Amat bijak untuk meluloskan diri dari dalam jala.
Ikan diatas ini pula dipanggil ikan Lemasai. Saiznya tidak berapa besar dan berbadan pipis. Di sirip belakangnya terdapat duri taajam yang menyebabkan sukar untuk menanggalkannya daripada jala. mempunyai lendir yang banyak. Oleh kerana badanya yang lebar, anaknya juga mudah sangkut di jala.
Ikan di atas ini merupakan ikan yang paling banyak terdapat di Sungai Bil. Ikan ini juga jarang terdapat di sungai sungai lain. Kami panggil ianya Ikan Selimang. Sumber makanannya ialah lumut yang melekat pada batu seperti Ikan Lelan. itu sebabnya ikan ini tidak pernah berjaya ditangkap oleh kaki pancing sebab ia tidak makan umpan. Keistimewaan ikan ini ialah telurnya. Telurnya berwarna kelabu tetapi apabila telah digoreng akan menjadi warna merah (gambar dalam entry 1) Ikan ikan ini bertelur pada musim tertentu. Sekiranya musim bertelur ia mudah tersangkut dijala disebabkan perutnya buncit.
Semua orang kenal ikan di atas ini iaitu Ikan Seluang. Ikan ini boleh didapati di kebanyakan sungai. Boleh juga di dapati di parit parit yang cetek.
Sekiranya anda ingin berkunjung ke kampung Sungai Bil, jangan lupa membawa kelengkapan menangkap ikan. Jika anda ada kemahiran dan rezki anda tidak akan pulang dengan hampa. Nikmatilah kesedapan ikan ikan disungai ini.
wah bestnya YB....x tahan tngok tngas tu....
BalasPadamSalam Tokan,
BalasPadamMemang best. Lagi besar lagi best. Bolehlah cuba nasib.
Salam YB,
BalasPadamBestnya ikan sungai.My favourite.Susah sikit memakannya,kerana banyak tulangnya.
Tahun 1963 pernah beberapa kali pergi berkelah di sungai Bil.Masa itu tinggal kat Tanjong Malim.
Membawa nostalgia baru bila ingat sungai Bil.
Sila citer banyak sikit pasal sungai Bil.
Wassalam.
Salam Ayahanda
BalasPadamTak sangka ayahanda pernah sampai kampung saya. Masa tu saya 2 tahun lagi nak lahir. Lama sangat dah tu. Insyallah akan datang saya akan buat n3 khusus tentang kg sg bil.
YB pernah kata tak makan Ikan Pekasam; ikan jenis ini yang amat sesuai untuk dibuat Pekasam alangkah baik jika di dusun aku juga banyak ikan ini.
BalasPadamOrang kampung aku selalu sebut Ikan Temakang!... mungkin salah satu ikan ini namanya Ikan Temakang, aku pun tak tahu mana rupa Ikan Temakang
Di dusunku katanya banyak Ikan Temakang!
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Temakang
BEST TENTANG IKAN SUNGAI NI,,,BEST BLOG PASAL IKAN NI...NK DTG IKAN KT SINI LA..PKAI PANCING
BalasPadamSalam Dan
BalasPadamDulu aku tak makan sebab aku jarang tengok ikan pekasam. Sejak aku kahwin aku selalu nampak. Tapi bukan semua aku suka, sesetengah tuh dia org buat tak sedap macam ikan busuk jer. Kat Seri Iskandar ni ada sorang pak cik tu jual sedap.
Salam TN
BalasPadamBagi pencinta ikan memang menyeronokkan. Saya tidak mahir memancing. Apa yg saya suka guna ialah jala. Ini lebih memuaskan sebab kita boleh selam dan tengok ikan menggelupur dalam jala. Jgn lupa cermin menyelam.
Ada satu alat yg selalu dipakai oleh kanak kanak dipanggil panah. Dibuat drpd dawai payung hitam yg dipanggil payung ceti masa dahulu. Di tluncurkan menggunakan beberapa ikatan getah bulat yg diikat dawai. Pistol ikan tidak berapa sesuai sebab sungai tuh banyak batu.
Sila lah berkunjung tetapi berhati hati jika tidak tahu berenang sebab ada tempat yg bahaya kepada pengunjung spt batu licin dan lubuk yg dalam.
TERIMA KSIH YB, TERIMA KSIH KERANA MEMBRI PANDANGAN DAN NASIHAT ANDA,,SAYA BERCADANG INGIN MENGGUNAKAN TANGGUK HIKMAT.BENTUK MCM NO 9..TP KENE GUNA MASE HARI PANAS DAN CAHYA MATAHARI..IKAN TERTARIK DENGAN JARING BERKILAT.MC PROSE MENGILAT JGK.,,AREA YG CANTIK UNUTK TANGKAP IKAN BERDEKATAN DENGAN TAPAK REKREASI LA YB?ADA IKAN KT SITU?
BalasPadamSalam TN
BalasPadamDi sg Bil hampir semua tempat ada ikan. Cuma jenis dan saiz ikan saja berbeza di setiap tempat. Ikan sungai jenis berbatu selalunya liar. Terutamanya tengas dan sebarau. Selalunya ikan akan lari dan menyorokkan diri dibawah batu apabila dihampiri.
Di tempat mandian org juga ada ikan. Gunakan cermin spt dlm n3 ini: http://teropongmasa.blogspot.com/2010/04/ikan-ikan-sungai-bil.html. Sungguh menyeronokkan kerana air sungguh jernih (jika tidak hujan)
aku ada pegi sg bil beberapa tahun yang lepas. mmg syok. tp bila aku teringat balik, ikan selimang ni sama sebijik dengan ikan SAE (Siammese algae eater).
BalasPadamSalam softboxkid
BalasPadamSilalah berkunjung lagi ke sg bil.
Terima kasih kerana anda memberi saya nama lain bagi ikan selimang. Saya akan update semula blog untuk memasukkan nama ini.
Terima kasih
Ikan selimang ini ada di kampung saya keningau sabah..cuma sizenya agak kecil sedikit berbanding di sungai bil..keunikan ikan ini apa bila musim bertelur dia akan berkumpul dan bertindih seperti taik lembu di tepian sungai..org kg saya pangil musim menahu mksudnya ikan berkumpul dan bertelur.
BalasPadamSaya pernah pergi ke lubuk kawah tanjong malim hingga ke hujung sungai perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan..keadaan sungai dripada lubuk kawah tu agak menaik sedikit..hujung sungai agak rata sedikit..lubuk kawah tu saya dah pernah selam..boleh tahan jga dalam lubuk tu.
Salam
BalasPadamSy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570